SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Rabu, 14 Julai 2010

GOTONG-ROYONG 2010

[b]



Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada sebahagian penduduk PCH yang begitu bersemangat menyertai Program Gotong-Royong PCH yang lalu.. Tuan/puan mempunyai semangat hidup bermasyarakat yang tinggi dan inginkan menjalinkan perhubungan silaturahim sesama jiran tetangga.

Ribuan terima kasih juga kepada pemberi sumbangan iaitu Tn Hj Zulmurad ( kewangan ), En Yuzman ( cat, air mineral & peralatan mengecat ) , En. Masri ( P.A Sistem ) , SERI PAJAM ( makanan ) dan yang memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih juga kepada Mr Gan selaku Ahli Majlis MPN sudi merasmikan Gotong-Royong PCH seterusnya menyumbang 6 unit vest untuk pasukan COMBI PCH. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Seremban atas taklimat Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes seterusnya meluluskan penubuhan Pasukan COMBI PCH. Tidak lupa kepada Jabatan Perbandaran MPN, Syarikat SWP yang telah bersama-sama penduduk PCH untuk membersihkan kawasan PCH.

Kepada yang tidak menyertai Program Gotong-Royong ini, perlulah difikirkan apakah bentuk sumbangan kita untuk kemajuan PCH? Elakkan lah diri kita terdiri sebagai masyarakat yang mementingkan diri sendiri. PPPCH anjurkan aktiviti ini adalah untuk kita bersemuka sesama penduduk dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra lagi. Janganlah kita berasa selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Mungkin satu hari nanti kita memerlukan bantuan orang lain. Harap selepas ini sama-samalah kita berganding-bahu untuk membangunkan kawasan PCH ini.

Sekian.

[/b]

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum....
kadang2 bila kita bercakap biarlah menggunakan bahasa yang baik.TIdak semestinya orang yg tidak hadirkan diri itu mementingkan diri sesuka hati saja.Mereka mementingkan diri mereka kepada kebaikan mereka sendiri,ada kenduri ke,balik kg ker,keje ker..dan mcm2.Cuba menggunakan bahasa yang baik di lain hari.Mungkin encik juga mementingkan kepentingan diri sendiri saja dlm agenda tertentu?.Bagaimana saya kalau saya ckp begitu?
Menyentuh berkenaan tujuan utama tubuhnya persatuan ini?
Apa kah keluhan dan permintaan tahun pertama dan seterusnya penduduk terhadap persatuan kita ini?
Adakah keluahan dan keinginan itu sekadar ingin mendapat sokongan kuat penduduk atas kepentingan diri sahaja?
Apa yang saya dapat lihat dari kewujudan lihatnya dari persatuan ini adalah banyak kesefahaman dan muafakat.Dan banyak keluahan masyarakat penduduk tidak dapat ditunaikan sedang pemimpin masyarakat banyak encik kenali dan banyak agensi kerajaan encik kenali!?.saya tahu encik mungkin orang kuat dlm sesuatu parti.Bila di minta alasan tiada kelulusan,tiada peruntukan kerajaan.Persatuan penduduk sudah di tubuh atas dasar masyarakat malaysia.Parti politik sudah ditubuh atas dasar mendapat peruntukan utk masyarakat...ingat x kata2 dlm surat agenda penubuhan itu!? Encik kan ramai kenalan..adakah kenalan encik itu sekadar utk kepentingan peribadi?
Jangan berbangga dengan perpaduan masyarakat taman kita ini kerana taman ini bukan milik sok kita sendiri!
kadang2 masyarakat kita punya masalah peribadi..yg mungkin kita patut hormati!
Diharap dilain waktu kita patut hormati orang lain kerana bila kita duduk diatas kita boleh berkata apa saja,ingatlah orang di bawah yang kita sangka2 tenang sebaliknya pula.Taman kita ini baru saja belum penuh tetangganya rumahnya...masing2 punya agenda masing2.Boleh saya cabar encik meletak jawatan dalam persatuan penduduk dan parti politik dengan rela hati jadi lah orang biasa macam saya!!!
Saya memohon maaf atas teguran ini.demi kepentingan masyarakat kita.
sekian terima kasih.

Pengerusi PPPCH berkata...

Terima kasih atas pandangan panjang lebar tuan. Pandangan tuan amat dihargai.

PPPCH berkata...

Waalaikumsalam...

Terima kasih atas pandangan peribadi tuan. Saya amat menghargainya. Pertama sekali maaf lah seandainya bahasa yang digunakan tidak disenangi oleh sesetengah pihak termasuk tuan. Bukan niat untuk mengguris perasaan tuan. Tp sekadar untuk mengejutkan kita dari lamunan. Saya pun faham ada kalanya kita mempunyai pelbagai komitmen yang lebih penting daripada menyertai aktiviti masyarakat. Termasuklah dengan diri saya sendiri. Kalau nak dikira komitmen. Tp pengorbanan yang luhur itu amat penting dalam menyatupadukan sesama masyarakat. Kekecewaan di pihak AJK saya amat dirasai.. Artikel sebegini kadang2 perlu kita renungkan dan bermuhasabah diri kita. Apakah yang kita dapat bantu untuk aktiviti persatuan? Luangkan masa.. itu saja yang dipinta.. Kami menganjurkan aktiviti di PCH untuk apa? Hadirlah walaupun seketika kerana bukan satu usaha yang mudah untuk merencanakan sesuatu aktiviti. Andalah menentukan kejayaan sesuatu aktiviti itu. Semurninya niat hati untuk lihat sama-sama kita saling hidup bermasyarakat dan bekerjasama. Jadi mohon maaflah sekiranya artikel ini mengguris hati tuan.

Apakah keluhan & permintaan yang tuan nyatakan? Semua perkhidmatan dan laporan aktiviti telah dinyatakan dalam Buku Mesyuarat Agung yang lepas. Jika tuan hadir, itulah laporan perkhidmatan yang kami AJK laksanakan. Itu lah yang termampu PPPCH lakukan.

Berkenaan parti politik, apakah yang tuan mahukan? Saya rasa utk 2010 ni, bersyukurlah dengan wujudnya Tabika Kemas di tempat kita. Untuk siapa? kemudahan utk anak2 kita. Tak perlu lagi hantar anak jauh dr kediaman kita. Tabika Kemas wujud atas kuota politik. Walaubagaimanapun, kuwujudannya dapat membantu ekonomi keluarga sebab yuran yang dikenakan amatlah berpatutan. Tentang peruntukkan kerajaan, tuan pun sedia maklum, semua agensi kerajaan buat masa ini dihadkan bajet atas masalah ekonomi. Seperti semua maklum, peruntukkan bukanlah dibwh bidang kuasa saya kerana apa? Kerana saya bukan Menteri untuk meluluskannya.. Bagi saya, memohon adalah lebih baik drpd hanya berdiam diri.. kita dah mohon sek. ren., pusat komuniti masyarakat, lampu jalan.. semuanya terpulang kepada agensi kerajaan..

Tentang kenalan, ya.. mungkin saya mempunyai ramai kenalan. Sebab apa, saya bergaul dengan semua masyarakat. Ada sesetengah drpd kita ni ibaratkan ‘katak bawah tempurung’ dan ‘ baling batu sembunyikan tangan’.. kenalan tu adalah perkara biasa.. tak ada kepentingan peribadi.. Kenalan untuk membantu..

Tuan menasihatkan saya menggunakan bahasa yang baik. Tp, tuan juga perlu menjaga bahasa pertuturan tuan tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka terhadap saya. Tentang jawatan sya? Tuan tahu apa yang saya dpt dgn jawatan di PCH? Masa , tenaga , wang ringgit , keluarga semuanya dikorbankan. Tuan sanggup? Kalau sanggup, silakan.. saya tak ada masalah tentang jawatan.. Siapa nak jawatan tu, boleh ambil.. Bukan saya yang calonkan diri sendiri. Kenapa saya dicalonkan?

Dan untuk makluman tuan, saya telah lama menjadi org seperti tuan. Tak wujud ‘siapa di atas atau siapa dibwh’ kerana kita adalah hanya makhluk Allah Yang Maha Esa.. sama saja..

Dan yang terakhir, eloklah dimaklumkan identiti tuan yang bermaksud kejujuran dalam memberi komentar.

Sekian, terima kasih.