SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011

[b] [/b]

Seluruh Ahli Jawatankuasa PPPCH serta semua Ketua Lorong di Perdana College Heights mengucapkan :

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011"

Semoga Tahun 2011 dapatlah kita sama-sama merenung perjalanan kehidupan kita yang masih panjang terutamanya dalam menetapkan wawasan untuk memajukan taman Perdana College Heights diperingkat yang terbaik demi keselesaan kita penduduk PCH. Keikhlasan dan kesungguhan yang penting dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 13 Disember 2010

DARI MEJA PENGERUSI PPPCH

[b] [/b]

Assalamkualaikum & salam sejahtera buat semua penduduk Perdana College Heights...


Pejam celik..pejam celik kita sudah menghampiri akhir tahun 2010. Begitu juga dengan PPPCH yang telah hampir menuju pengakhiran penggal dalam mentadbir Persatuan Penduduk Perdana College Heights ini ataupun lebih senang dengan panggilan PPPCH. Semua AJK sudah mula berkira-kira hari dalam memberikan perkhidmatan percuma ini kepada penduduk PCH.

Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana terus memberikan kekuatan kepada saya bersama AJK untuk mentadbir persatuan ini sehingga menghampiri tempoh perkhidmatan kami. Bermula dari bulan Mac - Dis 2010, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan untuk anda semua penduduk PCH. Bermula dengan Senaman Poco-Poco/Senamrobik , Bergotong-Royong , Rumah Terbuka Aidilfitri dan pelbagai lagi perkhidmatan dibelakang tabir yang telah saya dan AJK laksanakan. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh penduduk sangat menggalakkan walaupun masih terdapat segelintir daripada kita yang masih 'malu' atau 'segan' untuk bergaul bersama-sama penduduk.

Berkenaan dengan surau kita, alhamdulillah.. berkat kerjasama semua AJK Pembinaan Surau yang diketuai oleh Ustaz Talhah, berkemungkinan tidak lama lagi lengkaplah pembinaan surau kita. Saya begitu berbangga dengan kegigihan Ustaz Talhah dalam kesungguhan beliau terutamanya yang banyak membawa kepada 'progress' nya pembinaan surau ini. InsyaAllah suku pertama tahun 2011 mungkin dah boleh digunakan oleh jemaah kita.

Tentang Tabika KEMAS, adalah agak suram kerana tuan rumah yang pihak Tabika sewa itu berhajat untuk menduduki rumahnya pada awal tahun 2011 ini. Walaubagaimanapun, pihak AJK Tabika KEMAS PCH telah berusaha memohon sebuah bangunan di Pangsa Pajam untuk dijadikan Tabika KEMAS. Sementara itu, permohonan bangunan tetap juga telah dimohon kepada pihak KEMAS Seremban dimana kita cuba memohon sebahagian kecil tanah di tapak surau untuk dijadikan Tabika KEMAS. Hal ini saya cuma serahkan kepada pihak KEMAS & Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS untuk menentukan kelulusannya. Wa;aubagaimanapun, Tabika ini untuk kemudahan siapa? untuk anak-anak kita juga menerima ilmu awal pendidikan kanak-kanak.

Berkaitan sekolah rendah, juga pihak saya telah membuat permohonan dengan Jabatan Pelajaran NS. Walaubagaimanapun, setelah 6 bulan tiada respon, saya telah panjangkan aduan kepada Kementerian Pelajaran Msia. Pada masa sekarang, KPM sedang mengkaji & meneliti permohonan yang telah PPPCH buat. Bersabar la ye..

Kawalan keselamatan, alhamdulillah sejak 01hb JUN 2010 kita mulakan aktviti kawalan keselamatan swasta ini, tiada lagi masalah pecah rumah di malam hari. Terima kasih kepada anda yang menyertai @ membayar RM30.00 sebulan untuk kawalan keselamatan ini. Jika ada kelemahan daripada pihak security, kita akan memperbaikinya.. tak ada masalah!! Yang paling PENTING, risiko untuk kejadian pecah rumah dah menurun. Pengawal juga mengawal taman kita dengan baik. Segala kenderaan yang tak dikenali ditahan-disoal-dicatatkan maklumat didalam buku rekod mereka. Tingkap kereta rakan kita yang tak ditutup rapat, ditekannya loceng rumah berkali-kali untuk maklumkan. Maksudnya, mereka prihatin.. Jadi, sama-samalah kita bekerjasama dalam menjayakan Kawalan Keselamatan ini sampai bila-bila.

Nak mesyuarat tiada tempat...? Inilah yang selalu mencacatkan pihak PPPCH untuk bermesyuarat kerana PCH tiada Balai Raya.. Jadi, atas masalah itu, pihak PPPCH juga telah memohon sebuah bangunan Pusat Aktviti Masyarakat di atas tanah seluas 0.25 ekar di tepi Suria Residences. Permohonan dibuat kepada Jabatan Perancang Bandar, MPN dan telah dipanjangkan kepada Ahli Majlis MPN untuk bersama-sama membantu kita mendapatkan bangunan ini. Kita tunggu bajet 2011 yang turun nanti.. mudah-mudahan permohonan kita diluluskan oleh MPN.

Sebagai tanda saguhati, PPPCH telah memberikan kalendar 2011 secara PERCUMA kepada ahli PPPCH sahaja. Minta maafla jika anda bukan ahli sebab ahli dikenakan bayaran keahlian tahunan. Kalendar yang berlatarbelakangkan aktviti PPPCH sepanjang 2010. Terima kasih buat En. AmirulHafiz yang telah membuat design untuk kelandar kita.

Sekarang, AJK PPPCH sedang merangka tarikh yang sesuai untuk mengadakan AGM kali ke-3 untuk sesi 2011. Jadi, pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat mana-mana perkara yang menyinggung perasaan rakan-rakan penduduk. Percayalah, tanpa minat yang sungguh, maka suramlah taman kita tanpa sebarang aktiviti masyarakat. Saya menyeru kepada rakan-rakan agar terus menyokong segala aktviti & program yang dilaksanakan demi untuk kebaikkan semua.

Sekian, terima kasih.

[b]Read more..... [/b]