SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Ahad, 6 Jun 2010

"100 HARI AMANAH DIPIKUL"

[b] [/b]

Antara Perkhidmatan PPPCH: (21.3.2010 - 01.06.2010)

1. Mengemaskinikan data keahlian PPPCH
2. Membuat permohonan bangunan tetap Tabika KEMAS
3. Membuat permohonan kali ketiga pasar malam dengan MPN
4. Membuat permohonan sekolah rendah (16/4) dengan Jbtn Pelajaran N.Sembilan
5. Mengadakan aktiviti Senamrobik & Poco-Poco
6. Mengadakan perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta
7. Mengadakan aktiviti Gotong-Royong ( 20/6 )
8. Membuat aduan lalat & nyamuk dengan MPN

Terima kasih buat semua ahli Jawatankuasa PPPCH 2010-2011, Ketua-Ketua Lorong, serta aktivis masyarakat di PCH yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam berusaha dalam pembangunan dan pelbagai aktiviti di Perdana College Heights ini.

[b]Read more..... [/b]

Rabu, 2 Jun 2010

JOM BERGOTONG-ROYONG

[b] [/b]


Program kita 2008 dulu

PPPCH akan menganjurkan satu lagi aktiviti dalam komuniti iaitu Program Gotong-Royong Perdana. Aktiviti ini bertujuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes serta mengindahkan taman kita disamping mengeratkan perhubungan silaturrahim antara kita.

Aktiviti kali ini akan dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Nilai iaitu Tuan Haji Ali b. Luman. PPPCH juga berusaha untuk mewujudkan satu 'team COOMBEE' iaitu pasukan yang akan memantau pembiakan nyamuk aedes di taman kita ini. Berikut adalah maklumat program:

Tarikh : 20hb JUN 2010 ( AHAD )
Masa : 7.30 pagi
Tempat Berkumpul : Hadapan Jalan PCH 14, Perdana College Heights

Pada masa ini juga, kaunter pendaftaran keahlian PPPCH & pembayaran yuran keahlian juga boleh dibayar kepada S/Usaha dan Bendahari PPPCH.

Saya menyeru kepada semua warga taman PCH untuk memberikan laluan pada tarikh diatas untuk aktiviti kemasyarakatan ini hasil usaha PPPCH untuk kebaikan bersama. Harap dpt mewar-warkan kepada jiran-jiran kita mengenai program ini.

*flyers juga telah diedarkan kepada semua penduduk PCH.

[b]Read more..... [/b]

DARI MEJA PENGERUSI PPPCH

[b] [/b]

Assalamualaikum & Salam hormat kepada semua pelayar blog PPPCH...

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t di atas kebesarannya mengizinkan kita untuk terus bersatu-padu dibawah satu bumbung iaitu dibawah naungan Persatuan Penduduk Perdana College Heights. Sejarah awal penubuhan PPPCH ini telah menunjukkan kesungguhan kita dalam mencari kesepakatan dan keserasian dalam komuniti untuk membangunkan taman atau kampung kita ini maju kehadapan dan lebih berdaya saing daripada segi pembangunan infrastruktur dan kesahsiahan masyarakat kita. Buktinya telah jelas dimana dalam usia 'setahun jagung' kita telah berjaya diwujudkan sebuah pusat didikan awal anak2 kita iaitu Tabika KEMAS walaupun terpaksa menyewa sebuah rumah di taman kita ini. Jelaslah menunjukkan kesungguhan kita dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak menjadi satu hala tuju kita dalam membantu meningkatkan mutu pendidikan serta dalam masa yang sama dapat menjimatkan ekonomi penduduk jika mahu dibandingkan dengan bayaran yang dikenakan oleh pusat2 tadika swasta.
Pembangunan seterusnya yang masih usaha murninya diteruskan ialah mendirikan sebuah surau tetap di kampung kita ini. Permohonan pertama yang diilhamkan oleh PPPCH telah dimulakan pada 18hb April 2009 dan kesinambungan telah diusahakan oleh jawatankuasa yang telah dilantik. Tahniah saya ucapkan kepada keseluruhan jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah yang diterajui oleh Ustaz Mohd Talhah kerana usaha bersungguh-sungguh dalam usaha ini. Difahamkan, dalam masa yang terdekat ini maka bermula usaha menaikkan bangunan surau di kampung kita ini.
Masih mementingkan mutu pendidikan sebagai teras pembangunan, PPPCH telah membuat permohonan mendirikan sebuah sekolah rendah di atas tanah seluas 6 ekar di PCH di mana permohonan telah terus diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada bulan April 2010 yang lalu. Mungkin akan mengambil masa yang panjang. Walaubagaimanapun, tanpa usaha PERTAMA, tidak mungkin wujud nombor DUA.. insyaAllah, jika diizinkanNya, 2-3 tahun lagi makan wujudlah sebuah sekolah rendah di taman kita ini.
Aspek kesihatan tidak dilupai dengan PPPCH telah mewujudkan aktiviti Senamrobik & Poco-Poco yang bertujuan sebagai aktiviti riadah semua penduduk. Alhamdulillah, walaupun baru 2 kali aktiviti ini dijalankan, sambutan amat menggalakkan daripada 'orang kampung' kita. Terima kasihlah buat abg Masri sebagai penaja P.A sistem dan Cikgu Hamid sebagai instructor. Jasa kalian amatlah saya menghargainya. Apabila melihat nyamuk berterbangan di dalam rumah, dengan segera aduan dibuat kepada MPN. Tindakan pantas MPN amat dhargai dengan membuat 'fogging'. Semua ini adalah untuk jaminan kesihatan seluruh warga PCH ditahap yang memberangsangkan.
Pelbagai aktiviti lagi sedang dirancang untuk memberikan kesonokkan menetap di kampung kita ini. Jadi, saya amat menyeru kepada seluruh warga PCH sama ada Orchid atau Bayan terus menyokong segala usaha murni ini. PPPCH cuma mengharapkan penyertaan anda untuk memeriahkan segala aktiviti atau program yang telah dirancang oleh PPPCH. Kami AJK PPPCH telah berkorban masa, tenaga serta wang ringgit untuk membangunkan pelbagai kemudahan kepada semua warga PCH. Cuma sokongan yang dipinta bagi menjayakan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan. Kalau dahulu, pepatah ada mengatakan ' Jangan jaga tepi kain orang'... Walaubagaimanapun, pepatah tersebut boleh diubahsuai.. Ambil-ambillah tahu jiran kita.. tegur-tegurlah jiran kita.. senyum-senyumlah dengan jiran kita.. agar perhubungan kita lebih mesra..
Semoga coretan kali ini dapat mengubah persepsi serta andaian kita dalam kehidupan bermasyarakat ini yang menuntut kita bergabung serta bersatu hati dalam bersama-sama kita membangunkan Perdana College Heights bukan untuk gah, tapi untuk kebaikkan bersama.

Sekian.. Wassalam..

[b]Read more..... [/b]