SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Rabu, 2 Jun 2010

DARI MEJA PENGERUSI PPPCH

[b]

Assalamualaikum & Salam hormat kepada semua pelayar blog PPPCH...

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t di atas kebesarannya mengizinkan kita untuk terus bersatu-padu dibawah satu bumbung iaitu dibawah naungan Persatuan Penduduk Perdana College Heights. Sejarah awal penubuhan PPPCH ini telah menunjukkan kesungguhan kita dalam mencari kesepakatan dan keserasian dalam komuniti untuk membangunkan taman atau kampung kita ini maju kehadapan dan lebih berdaya saing daripada segi pembangunan infrastruktur dan kesahsiahan masyarakat kita. Buktinya telah jelas dimana dalam usia 'setahun jagung' kita telah berjaya diwujudkan sebuah pusat didikan awal anak2 kita iaitu Tabika KEMAS walaupun terpaksa menyewa sebuah rumah di taman kita ini. Jelaslah menunjukkan kesungguhan kita dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak menjadi satu hala tuju kita dalam membantu meningkatkan mutu pendidikan serta dalam masa yang sama dapat menjimatkan ekonomi penduduk jika mahu dibandingkan dengan bayaran yang dikenakan oleh pusat2 tadika swasta.
Pembangunan seterusnya yang masih usaha murninya diteruskan ialah mendirikan sebuah surau tetap di kampung kita ini. Permohonan pertama yang diilhamkan oleh PPPCH telah dimulakan pada 18hb April 2009 dan kesinambungan telah diusahakan oleh jawatankuasa yang telah dilantik. Tahniah saya ucapkan kepada keseluruhan jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah yang diterajui oleh Ustaz Mohd Talhah kerana usaha bersungguh-sungguh dalam usaha ini. Difahamkan, dalam masa yang terdekat ini maka bermula usaha menaikkan bangunan surau di kampung kita ini.
Masih mementingkan mutu pendidikan sebagai teras pembangunan, PPPCH telah membuat permohonan mendirikan sebuah sekolah rendah di atas tanah seluas 6 ekar di PCH di mana permohonan telah terus diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada bulan April 2010 yang lalu. Mungkin akan mengambil masa yang panjang. Walaubagaimanapun, tanpa usaha PERTAMA, tidak mungkin wujud nombor DUA.. insyaAllah, jika diizinkanNya, 2-3 tahun lagi makan wujudlah sebuah sekolah rendah di taman kita ini.
Aspek kesihatan tidak dilupai dengan PPPCH telah mewujudkan aktiviti Senamrobik & Poco-Poco yang bertujuan sebagai aktiviti riadah semua penduduk. Alhamdulillah, walaupun baru 2 kali aktiviti ini dijalankan, sambutan amat menggalakkan daripada 'orang kampung' kita. Terima kasihlah buat abg Masri sebagai penaja P.A sistem dan Cikgu Hamid sebagai instructor. Jasa kalian amatlah saya menghargainya. Apabila melihat nyamuk berterbangan di dalam rumah, dengan segera aduan dibuat kepada MPN. Tindakan pantas MPN amat dhargai dengan membuat 'fogging'. Semua ini adalah untuk jaminan kesihatan seluruh warga PCH ditahap yang memberangsangkan.
Pelbagai aktiviti lagi sedang dirancang untuk memberikan kesonokkan menetap di kampung kita ini. Jadi, saya amat menyeru kepada seluruh warga PCH sama ada Orchid atau Bayan terus menyokong segala usaha murni ini. PPPCH cuma mengharapkan penyertaan anda untuk memeriahkan segala aktiviti atau program yang telah dirancang oleh PPPCH. Kami AJK PPPCH telah berkorban masa, tenaga serta wang ringgit untuk membangunkan pelbagai kemudahan kepada semua warga PCH. Cuma sokongan yang dipinta bagi menjayakan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan. Kalau dahulu, pepatah ada mengatakan ' Jangan jaga tepi kain orang'... Walaubagaimanapun, pepatah tersebut boleh diubahsuai.. Ambil-ambillah tahu jiran kita.. tegur-tegurlah jiran kita.. senyum-senyumlah dengan jiran kita.. agar perhubungan kita lebih mesra..
Semoga coretan kali ini dapat mengubah persepsi serta andaian kita dalam kehidupan bermasyarakat ini yang menuntut kita bergabung serta bersatu hati dalam bersama-sama kita membangunkan Perdana College Heights bukan untuk gah, tapi untuk kebaikkan bersama.

Sekian.. Wassalam..

[/b]

2 ulasan:

AJK PPPCH berkata...

Saya amat berbangga dengan usaha PPPCH.. Teruskan lah demi kebaikan semua pihak..

silent reader berkata...

Tahniah Persatuan penduduk diatas segala usaha murni anda. Sebagai satu kawasan baru2, mmg semua benda kena bermula dari '0'. Kesan dr apa yg persatuan lakukan mungkin x dpt dilihat dlm masa terdekat, mungkin 5,10,20 thn baru kesan itu dilihat. Teruskan usaha anda,moga2 berjaya hendak Nya.