SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Ahad, 17 April 2011

Perjumpaan dengan Seri Pajam Sdn Bhd

[b] [/b]

Satu perjumpaan antara pengurusan Persatuan Perdana College Height dan Seri Pajam Development telah diadakan pada 15 .04.2011 jam4.00 petang di Pejabat Seri Pajam sdn Bhd.
PPCH diwakili oleh Pengerusi Masri ,Tim Pengerusi En.Zairul dan juga AJK En Roslan.,sementara Seri Pajam diwakili oleh Pengurusnya dan Team leader Sdra Syiril.Pejumpaan telah berjalan dengan suasana baik dan harmonis sekali.
Perjumpaaan kali ini adalah lebih merupakan kepada perjumpaan suai kenal antara dua entiti ini.Kami telah mengutarakan beberapa pandangan mengenai kemajuan dan hubungan sosial dalam suasana terkini.Mengenai kemudahan yang di PCH ini kebanyakannya telah pun diserah milikkan kepada Majlis Perbandaran Nilai,jadi segala kekurangan ,kerosakan terhadap kemudahan asas hendaklah dilaporkan terus kepada MPN.Antara yang diutarakan seperti kebersihan longkang,taman permainan,guard house(pondok jaga),surau dan beberapa perkara lain.,begitu juga mengenai rancangan masa depan seri pajam mengenai taman ini secara keseluruhan.Secara Amnya pihak Pengurusan Seri pajam telah memberikan maklumbalas yang positif.,namun segala maklumbalas ini akan terus dipantau untuk tindakan selanjutnya.Perjumpaan ditangguhkan pada 5.30 petang.,dengan harapan satu perjumpaan yang lebih konkrit dapat diadakan pada satu masa kelak.

[b]Read more..... [/b]

Selasa, 15 Mac 2011

Lagi photo Sambutan Maulidurasul

[b] [/b]

borak yo..bilo nak kojo nie!!!

Sop power ALFalah

Jangan Pandang-pandang


Melukis ke mewarna nie


=macam-macam la dio rang nie


potong kocik-kocik yo!!



[b]Read more..... [/b]

Ahad, 13 Mac 2011

Sekitar Majlis Kesyukuran dan maulidur Rasul Surau AlFalah

[b] [/b]

peristiwa berdarah di Surau Alfalah PCH



kaum ibu turut sama membantu


Ustaz Ikmal sedia menyembelih Lembu Aqiqah




[b]Read more..... [/b]

Rabu, 9 Mac 2011

Majlis Kesyukuran

[b] [/b]


Pada 12 Mac 2011,satu lagi peristiwa penting akan berlaku di Perdana College height nanti.Majlis kesyukuran sempena dengan siap terbinanya Surau Alfalah dan juga bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan .

Bermula majlis seawal pagi lagi..Seekor lembu akan ditumbangkan ,kekuatan semua penduduk PCH ini amat diperlukan bagi acara ni.Beramai lah kita menghulurkan tangan membawa pisau dan golok asah biar tajam,mari kita selesaikan kerja kenduri ini dengan sempurnanya.bagi anak-anak juga disediakan program kemahiran dan minda iaitu pertandingan mewarna,menmindahkan karangan rumi ke Jawi dan pertandingan Azan..menarik tuu..ada hadiah disediakan.
Setrusnya kita sama merewang hingga ke malam kerana masak memasak akan dijalankan pada tengahari sehingga selesai.Kaum ibu jangan malu-malu untuk turut serta mengerah tenaga.
Sebelah malam akan ada acara istimewa selepas maghrib..selawat nabi bermusik dan seterusnya Ceramah Maulidur rasul..
Apa kata jangan tunggu dan jangan fikir lagi, jom kita rewang,jom kita gotong royong,jom kita bersama ,jom heboh kat surau kita.

[b]Read more..... [/b]

Ahad, 6 Mac 2011

Hindari Penceroboh:Punca dan Pencegahan1

[b] [/b]


Kediaman kita adalah merupakan istana anda,sudah semestinya kita akan sentesiasa memeliharanya dari sebarang pencerobohan oleh anasir-anasir yang tidak kita ingini.Namun malang tidak berbau ,kerana kita tidak pernah tahu rumah siapa yang akan diceroboh hari ini.

Diantara tip-tip yang dapat dikutip bagi kebaikan kita bersama:

  • Ketinggian pagar yang selamat adalah berukuran 5 kaki keatas berbanding 4 kaki bagi yang konvensional.
  • Rekabentuk pagar :bagi pagar yang kemasan nya melintang memudahkan untuk penceroboh memanjat.Rekabentuk bercorak menyulitkan pergerakan.
  • membuat cuma satu pintu sampah sahaja iaitu dari luar rumah
  • merendahkan keetinggian pintu sampah
  • pintu sampah dari dalam hendaklah dikecilkan kepada 1 kaki sahaja
  • mangga pintu sampah anda dari dalam
(dipetik dari majalah Impiana)
semoga anda menjaga keselamatan rumah anda

[b]Read more..... [/b]

Jumaat, 4 Mac 2011

Perasmian Kawasan Rukun Tetangga PCH

[b] [/b]


Pada 27 febuari 2011 ,hari bersejarah yang mencatatkan Kawasan Rukun Tetangga PCH telah diresmikan dengan suasana yang amat harmoni dan gemilangnya.

Pada seawal jam 8.00 pagi warga PCH telah memenuhi ruang khemah yang disediakan dan pertandingan mewarna untuk anak-anak PCH telah diadakan.Hampir 50 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dengan hiruk pikuknya, dan ditemani oleh kedua ibu bapa.Pertandingan berjalan selama 1 jam.Sementara itu ruang niaga telah dibuka kepada yang berminat utuk menjalankan perniagaan.Terdapat 6 booth yang disediakan dan dipenuhi dengan peniaga kecilan ini seperti menjual makan pagi,kuih muih ,produk kecantikan ,insuran dan tidak ketinggalan jualan hasil pertanian yang dibawa khas dari Institut Pertanian Serdang.
Seterusnya Jabatan Polis turut serta dengan mengadakan pameran keselamatan dan Jabatan Bomba dengan demontrasi memadam api.Ceramah ringkas mengenai keselamatan diberikan oleh Cheif Inspektor Tuan Rashid dari balai polis Mantin mengenai langkah menjaga keselamatan rumah dan taman serta tips-tips berguna kepada kita.
Pihak Bomba turut menyumabangkan tenaga memberikan taklimat ringkas mengenai keselamatan rumah dan pencegahan kebakaran..sesuatu yang tidak pernah kita ambil berat.Ceramah tersebut telah diberikan oleh Sarjan Jaya dari Bali Bomba Mantin.
Kepada kedua jabatan Tabik diberikan kerana amat prihatin terhadap kita semua.
Majlis Perasmin diteruskan dengan ucapan-ucapan dari Pengerusi KRT Tn.hj.Hassa,Ucapan dari Jabatan Perpaduan Negara Pn.Rina dan seterusnya Ucapan Perasmiqn oleh YB tuan Radzi .
Kepada Semua Ahli jawatankuasa tahniah diucapkan atas kerja keras anda..kerana kita bertekad untuk menjadikan KRT PCH ini antara KRT yang terbaik dalam Daerah Seremban....
soalan nya adakah kita berani menyahut cabaran ini????atau kita hanya kan berpuashati dengan apa yang kita capai..Hanya komuniti KRT PCH yang dapat menjawab..
Yang penting kita perlu bersama berganding bahu tanpa mengira bangsa,agama dan status kita..
bagi mencapai matlamat kita...Satu Taman,Satu ikatan.Satu wawasan,Satu Malaysia.

[b]Read more..... [/b]

Ahad, 20 Februari 2011

Surau Al Falah ,PCH..one stop dissemination of information

[b] [/b]



Akhirnya Surau Alfalah dapat dipersiapkan untuk digunakan oleh semua muslimin dan muslimat di Perdana College height. Segala jerih dan payah semua AJK pembinaan surau terutama peneraju utamanya terbayar sudah.,biarpun masih belum sempurna 100% namun aura yang ada pada surau alfalah telah cukup untuk memberikan senyuman kepada penduduk PCH.

Solat telahpun didirikan dengan bilangan para jemaah semakin hari semakin bertambah.Apakah inn masih peringkat permulaan???rasanya tidak kerana rata-rata kepuasan terpancar dari mulut para jemaah sekalian.Disini berkumpulnya warga orhid,warga bayan warga suria dan tidak ketinggalan para warga imigran muslim yang menumpang rezeki disini.
Disini Surau Alfalah telah menjadi tempat sehenti(one stop) penyebaran maklumat paling cepat dan pantas kepada semua warga PCH.segala maklumat terkini akan dikhabarkan disini terus menerus tanpa sekatan dan batasan.Jadi dapatkan maklumat terpantas diSurau Alfalah,mengenai rumah kita,taman kita,surau kita,jemaah kita,jiran kita,persatuan kita ,krt kita dan segalanya yang anda ingin tahu. Lantas jangan malu-malu dong ayuh bersama kita meriahkan dan imarahkan surau kita yang tercinta ini..Pada mereka yang ingin terus menyumbang jangan tangguh-tangguh lagi teruskan niat murni anda.Insyallah
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui. ”
( Surah Al-Baqarah Ayat 261

[b]Read more..... [/b]

Sabtu, 19 Februari 2011

Musim baru ,Cerita baru,Pentadbir baru

[b] [/b]


Assalamualaikum ....

Kepada semua penduduk PCH,Saya dengan rasa rendah hati ingin memulakan n3 dalam bolg ini sebagai pemula dan pembuka bicara.
Pada AGM yang lepas saya telah dipilih sebagai Peneraju kepada Persatuan Penduduk Perdana College Height yang baru bagi sessi 2011.Adui yaii..
Terasa umpama seketul batu terletak diatas jemala patik..
Namun apakah kita harus melarikan diri dan meninggalkan kepercayaan dan amanah ini ..?
Saya akan meneruskan legasi yang ditinggalkan, meneruskan perjuangan yang diwariskan ,walaupun mungkin tidak sebaik pengerusi yang lalu,tidak sehebat rakan yang dulu,mampukah aku??
Cabaran ini menjadikan kita lebih kuat,lebih berani..lebih bertanggungjawab.
Kita dijadikan allah dengan dua tangan ..satu tangan adalah untuk diri sendiri dan tangan yang satu lagi adalah untuk menolong orang lain.
Kepada anda semua warga PCH harapan saya adalah
Berikan sokongan kepada kami yang baru,
Tunjukkkan ke khilafan kami
tegurlah kelemahan kami
berikan jalan untuk kami lalui
bagi saya ..
kita adalah satu taman,
kita adalah keluarga
kita satu wawasan
dengan harapan....
agar dapat menokok mana yang yang kurang,
mengulas mana yang senteng,
menghubung mana yang pendek,
yang usang sama kita perbahurui,
yang lapuk kita kajangi,
yang singkat kita sambungkan
yang panjang kita tolong keratkan
yang koyak kita tampal..
Kita masih banyak kerja yang harus kita ladeni
Ayuh ..bersama kita harungi
Hidup PPPCH..Aman Sejahtera

Ikhlas dari ;
Masri Mansor,
Pengerusi PPCH 2011
*"Sekali melangkah terus kehadapan jangan pandang belakang"

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 14 Februari 2011

CATATAN TERAKHIR SAYA

[b] [/b]

Salam sejahtera buat semua penduduk PCH. Saya merakamkan ucapan TAHNIAH dia atas perlantikan AJK PPPCH yang baru untuk sesi 2011/2012 yang diterajui oleh En. Masri Mansor sebagai pengerusinya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih diatas kerjasama penduduk sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PPPCH Kali ke-3 yang lalu. TAHNIAH!!!

Disini, saya selaku bekas Pengerusi PPPCH berharap agar seluruh AJK mempunyai semangat yang kental dalam menjalankan usaha-usaha murni demi kebaikan seluruh penduduk Perdana College Heights.

Disini, saya akan menamatkan perkhidmatan saya selaku 'blogger' untuk pppch.blogspot.com mulai 14.02.2011 untuk memberikan ruang kepada jawatankuasa baru untuk menyambung usaha memasukkan entry2 baru untuk ruang maklumat di dalam blog ini.

Saya terlebih dahulu ingin memohon kemaafan sekiranya ada entry2 yang tidak menyenagkan hati pelayar blog ini dan sesungguhnya hanya tujuan satu iaitu memberikan informasi terkini kepada kepada penduduk Perdana College Heights.

Sekian, terima kasih.

MOHD ANUAR SAED
Blogger Feb2010-Feb2011

[b]Read more..... [/b]

TAHNIAH!!!

[b] [/b]

TAHNIAH buat semua AJK PPPCH 2011/2012 yang baru dilantik. Semoga semua AJK dapat menyambung segala usaha-usaha daripada Jawatankuasa sebelumnya dan terus berkhidmat sepenuh hati untuk masyarakat Perdana College Heights.

[b]Read more..... [/b]

Ahad, 6 Februari 2011

KOLAM TAKUNGAN DAH DIBERSIHKAN

[b] [/b]

Terima kasih kepada pihak Seri Pajam Development kerana telah melakukan kerja-kerja pembersihan 2 buah kolam takungan JPS dibelakang Orchid. Kita sebagai penduduk perlu pula memainkan peranan untuk menghiaskan dan menjaga kawasan berkenaan.

[b]Read more..... [/b]

Selasa, 25 Januari 2011

MESYUARAT AGUNG PPPCH KALI KE-3

[b] [/b]


MESYUARAT AGUNG KALI KE-3
PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEEGE HEIGHTS

Tarikh: 13hb Februari 2011
Hari : Ahad
Masa: 2.00 petang
Tempat : Persimpangan Jalan PCH 14 ke Jalan PCH 15 (Tapak Senamrobik)
Jemputan : Ahli PPPCH & Penduduk PCH (Orchid & Bayan)
Jemputan khas: Penduduk Suria Residences, PCH

Tuan/puan boleh menghantar USUL untuk di bawa ke Mesyuarat Agung melalui ruangan 'ulasan' di bawah pada atau sebelum 06.02.2011. Sila nyatakan NAMA & NO. RUMAH anda apabila menghantar USUL.

Peringatan: Hanya USUL yang dinyatakan di ruangan 'ulasan' sahaja yang akan dibawa dalam mesyuarat agung.

Surat edaran jemputan kepada penduduk akan mula diedarkan pada 28.01.2011 (Jumaat)

"TERDAPAT HADIAH CABUTAN BERTUAH KPD YANG BERTUAH PADA HARI AGM!!!"

"SEMUA PENDUDUK PCH ADALAH DIJEMPUT HADIR"

[b]Read more..... [/b]

Sabtu, 22 Januari 2011

ANJING LIAR DI PCH

[b] [/b]


Anjing liar semakin banyak di PCH. Aduan demi aduan dibuat. Bukan kata MPN tak datang, seperti yang dimaklumkan jiran2, memang MPN datang. Tapi cuma dapat 3-4 ekor sahaja sebab si anjing-anjing ni pandai menyorok dan dpt hidu kalau kakitangan MPN datang.

Saya telah dijanjikan oleh En. Lutfi, Pegawai Jabatan Kesihatan MPN bahawa 24.01.2011 (Isnin) mereka akan melancarkan operasi lagi.

Harap maklum.

[b]Read more..... [/b]

Jumaat, 21 Januari 2011

PECAH RUMAH@PCH

[b] [/b]


BERHATI-HATI!!!! 3 kejadian pecah rumah telah berlaku dalam masa 7 hari di PCH. 2 kejadian di Bayan dan 1 kejadian di Orchid. Terbaru ialah pada 20.01.2011 jam 9.15malam, ketika penghuni berada di tingkat atas, berani betul penyangak ni masuk melalui tingkap bilik bawah (gambar atas). Diumpil tingkat dan ditolak besi grill. Walaubagaimanapun, suspek disyaki lelaki INDIA sempat melarikan diri apabila tuan rumah turun untuk melihat keadaan bising. Yang sempat dirembat cuma minuman keras bernilai hampir RM5000.00.

Semua penduduk di PCH diminta berhati-hati dengan keadaan yang agak mengjengkelkan ini. Saya cuma minta SATU perkara:

"TERANGKAN LORONG BELAKANG RUMAH KITA DGN LAMPU"

kerana saya melihat kebanyakkan penghuni mmg ada lampu belakang rumah, tapi dijadikan sebagai perhiasan. Ada kalanya, pintu belakang bertemu pintu belakang mempunyai hampir 25 buah rumah tapi tidak ada sebuah rumah pun yang hendak memasang lampu belakang. Saya menyeru adalah untuk keselamatan kita bersama.

"BERSAMA-SAMALAH KITA MENCEGAH KEJADIAN PECAH RUMAH@PCH!!!"

[b]Read more..... [/b]

KEPUTUSAN MESYUARAT AJK BIL 01/2011

[b] [/b]

Perkara yang dibincangkan:

1. Masalah anjing liar - Aduan telah dibuat pada 30.12.2010, tindakan pertama pada 13.01.2011 dimana 7 ekor anjing telah ditangkap oleh MPN. Tindakan susulan akan dibuat

2. Kolam Takungan - Aduan telah dibuat kpd JPS (Jabatan Pengairan & Saliran) melalui SPANS dan PPPCH telah mendapat respon yang baik dr pihak JPS. Tanggungjawab kolam takungan dibelakang Orchid adalah dibawah Seri Pajam. Seri Pajam telah dimaklumkan dan pada hari ini kolam tersebut telah diselenggara oleh pihak Seri Pajam.

3. Sekolah Rendah - Pihak Kementerian Pelajaran telah membalas emel PPPCH pada 07.01.2011 dengan menyatakan telah berlaku proses rundingan di antara Jabatan Pelajaran N.Sembilan, MPN, JKR, JPS, dan JAS. Alhamdulillah, PPPCH telah mendapat respon yang baik. Cuma kita bersabar dan terus berdoa semoga permohonan ini mendapat tindakan sewajarnya.

4. Dewan Orang Ramai - Pada 9.11.2010 kita telah membuat permohonan Pusat Aktiviti Masyarakat. Alhamdulillah pada 11.01.2011 yang lalu, pihak MPN, Penilaian serta beberapa orang kontraktor telah datang untuk melihat tapak. Tindakan pantas sebegini amat menggembirakan kita walaupun, pada dasarnya kita amat memahami prosedur permohonan dengan kerajaan. Adalah dimaklumkan bahawa dalam 2011 ini mungkin dapat dibina Pusat Aktiviti Masyarakat ATAU Dewan Orang Ramai di PCH.

5. Kawalan Z-Force Security - Mesyuarat membincangkan berkenaan perjanjian dengan syarikat Z-Force telah dimeterai selama 1 tahun bermula 01.01.2011 sehingga 31.12.2011. Walaubagaimanapun, jika terdapat ketidakpuashatian di kalangan penduduk melalui PPPCH, kita berhak untuk membatalkan kontrak tersebut. Setakat ini sejumlah 193 unit rumah yang menyertai perkhidmatan kawalan keselamatan ini. Pemantauan perkhidmatan ZF akan dilakukan oleh Biro Keselamatan PPPCH dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan.

6. Mesyuarat Agung Kali Ke-3 - Telah diputuskan akan berlangsung pada 13.02.2011 (SABTU) bertempat di selekoh antara Jalan PCH 14 ke 15 pada jam 2.00 petang. Semua ahli PPPCH, penduduk PCH serta mesyuarat bersetuju menjemput penduduk Suria Residences untuk bersama-sama menyertai mesyuarat di samping berkenalan antara satu sama lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45malam.

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 10 Januari 2011

MESYUARAT AJK PPPCH

[b] [/b]

MESYUARAT AJK PPPCH Bil 01/2011

Tarikh : 15hb Januari 2011 (SABTU)
Masa : 8.45malam
Tempat : Balai Raya Kg. Batang Benar
Dipengerusikan oleh : En. Mohd. Anuar b. Saed (Pengerusi PPPCH)

Semua AJK PPPCH, Ketua-ketua lorong serta aktivis masyarakat Perdana College Heights dijemput hadir.

[b]Read more..... [/b]

Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011

[b] [/b]

Seluruh Ahli Jawatankuasa PPPCH serta semua Ketua Lorong di Perdana College Heights mengucapkan :

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011"

Semoga Tahun 2011 dapatlah kita sama-sama merenung perjalanan kehidupan kita yang masih panjang terutamanya dalam menetapkan wawasan untuk memajukan taman Perdana College Heights diperingkat yang terbaik demi keselesaan kita penduduk PCH. Keikhlasan dan kesungguhan yang penting dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 13 Disember 2010

DARI MEJA PENGERUSI PPPCH

[b] [/b]

Assalamkualaikum & salam sejahtera buat semua penduduk Perdana College Heights...


Pejam celik..pejam celik kita sudah menghampiri akhir tahun 2010. Begitu juga dengan PPPCH yang telah hampir menuju pengakhiran penggal dalam mentadbir Persatuan Penduduk Perdana College Heights ini ataupun lebih senang dengan panggilan PPPCH. Semua AJK sudah mula berkira-kira hari dalam memberikan perkhidmatan percuma ini kepada penduduk PCH.

Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana terus memberikan kekuatan kepada saya bersama AJK untuk mentadbir persatuan ini sehingga menghampiri tempoh perkhidmatan kami. Bermula dari bulan Mac - Dis 2010, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan untuk anda semua penduduk PCH. Bermula dengan Senaman Poco-Poco/Senamrobik , Bergotong-Royong , Rumah Terbuka Aidilfitri dan pelbagai lagi perkhidmatan dibelakang tabir yang telah saya dan AJK laksanakan. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh penduduk sangat menggalakkan walaupun masih terdapat segelintir daripada kita yang masih 'malu' atau 'segan' untuk bergaul bersama-sama penduduk.

Berkenaan dengan surau kita, alhamdulillah.. berkat kerjasama semua AJK Pembinaan Surau yang diketuai oleh Ustaz Talhah, berkemungkinan tidak lama lagi lengkaplah pembinaan surau kita. Saya begitu berbangga dengan kegigihan Ustaz Talhah dalam kesungguhan beliau terutamanya yang banyak membawa kepada 'progress' nya pembinaan surau ini. InsyaAllah suku pertama tahun 2011 mungkin dah boleh digunakan oleh jemaah kita.

Tentang Tabika KEMAS, adalah agak suram kerana tuan rumah yang pihak Tabika sewa itu berhajat untuk menduduki rumahnya pada awal tahun 2011 ini. Walaubagaimanapun, pihak AJK Tabika KEMAS PCH telah berusaha memohon sebuah bangunan di Pangsa Pajam untuk dijadikan Tabika KEMAS. Sementara itu, permohonan bangunan tetap juga telah dimohon kepada pihak KEMAS Seremban dimana kita cuba memohon sebahagian kecil tanah di tapak surau untuk dijadikan Tabika KEMAS. Hal ini saya cuma serahkan kepada pihak KEMAS & Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS untuk menentukan kelulusannya. Wa;aubagaimanapun, Tabika ini untuk kemudahan siapa? untuk anak-anak kita juga menerima ilmu awal pendidikan kanak-kanak.

Berkaitan sekolah rendah, juga pihak saya telah membuat permohonan dengan Jabatan Pelajaran NS. Walaubagaimanapun, setelah 6 bulan tiada respon, saya telah panjangkan aduan kepada Kementerian Pelajaran Msia. Pada masa sekarang, KPM sedang mengkaji & meneliti permohonan yang telah PPPCH buat. Bersabar la ye..

Kawalan keselamatan, alhamdulillah sejak 01hb JUN 2010 kita mulakan aktviti kawalan keselamatan swasta ini, tiada lagi masalah pecah rumah di malam hari. Terima kasih kepada anda yang menyertai @ membayar RM30.00 sebulan untuk kawalan keselamatan ini. Jika ada kelemahan daripada pihak security, kita akan memperbaikinya.. tak ada masalah!! Yang paling PENTING, risiko untuk kejadian pecah rumah dah menurun. Pengawal juga mengawal taman kita dengan baik. Segala kenderaan yang tak dikenali ditahan-disoal-dicatatkan maklumat didalam buku rekod mereka. Tingkap kereta rakan kita yang tak ditutup rapat, ditekannya loceng rumah berkali-kali untuk maklumkan. Maksudnya, mereka prihatin.. Jadi, sama-samalah kita bekerjasama dalam menjayakan Kawalan Keselamatan ini sampai bila-bila.

Nak mesyuarat tiada tempat...? Inilah yang selalu mencacatkan pihak PPPCH untuk bermesyuarat kerana PCH tiada Balai Raya.. Jadi, atas masalah itu, pihak PPPCH juga telah memohon sebuah bangunan Pusat Aktviti Masyarakat di atas tanah seluas 0.25 ekar di tepi Suria Residences. Permohonan dibuat kepada Jabatan Perancang Bandar, MPN dan telah dipanjangkan kepada Ahli Majlis MPN untuk bersama-sama membantu kita mendapatkan bangunan ini. Kita tunggu bajet 2011 yang turun nanti.. mudah-mudahan permohonan kita diluluskan oleh MPN.

Sebagai tanda saguhati, PPPCH telah memberikan kalendar 2011 secara PERCUMA kepada ahli PPPCH sahaja. Minta maafla jika anda bukan ahli sebab ahli dikenakan bayaran keahlian tahunan. Kalendar yang berlatarbelakangkan aktviti PPPCH sepanjang 2010. Terima kasih buat En. AmirulHafiz yang telah membuat design untuk kelandar kita.

Sekarang, AJK PPPCH sedang merangka tarikh yang sesuai untuk mengadakan AGM kali ke-3 untuk sesi 2011. Jadi, pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat mana-mana perkara yang menyinggung perasaan rakan-rakan penduduk. Percayalah, tanpa minat yang sungguh, maka suramlah taman kita tanpa sebarang aktiviti masyarakat. Saya menyeru kepada rakan-rakan agar terus menyokong segala aktviti & program yang dilaksanakan demi untuk kebaikkan semua.

Sekian, terima kasih.

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 29 November 2010

LAPORAN AKTIVITI FASA 2

[b] [/b]

Berikut adalah di antara aktiviti PPPCH dari 02.06.2010 - 30.11.2010 :

1. Menggantung banner Salam Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri

2. Menghantar nama penduduk yang bercuti Hari Raya ke Balai Polis Mantin.

3. Menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri PCH.

4. Memberikan kalendar PPPCH secara PERCUMA kepada AHLI PPPCH yang mendaftar dari tahun 2008

5. Membuat aduan penyelenggaraan Kolam Takungan JPS dengan JPS.

6. Membuat tindakan susulan permohonan sekolah rendah dengan Kementerian Pelajaran Msia.

7. Membuat permohonan sebuah bangunan Pusat Aktiviti Masyarakat di PCH melalui MPN.

Sekian, harap maklum

[b]Read more..... [/b]

Khamis, 25 November 2010

PERMOHONAN PUSAT AKTIVITI MASYARAKAT

[b] [/b]

Pusat Aktiviti Masyarakat (Gambar Hiasan)


Pada awal November 2010 yang lalu, PPPCH telah membuat satu Permohonan Mendirikan Bangunan Pusat Aktiviti Masyarakat PCH dengan Majlis Perbandaran Nilai. Permohonan telah diserahkan kepada pegawai Jabatan Perancang Bandar iaitu En. Azrin.

Permohonan ini dibuat berdasarkan satu keperluan penduduk setempat untuk menjalan pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada masa-masa yang akan datang. Selain daripada itu, tempat ini juga dapat dijadikan sebagai tempat bermesyuarat memandangkan sebelum ini kita terpaksa bermesyuarat di Balai Raya Kg Btg Benar ataupun di kedai-kedai makan yang berhampiran.

Terdapat dua pilihan tapak yang dipohon. Yang pertama berlokasi di kawasan lapang tepi pintu masuk Suria Residence dan pilihan yang kedua dibelakang padang bola. Diharapkan MPN dapat memeberikan perhatian dengan permohonan kita ini.

Permohonan telah diberikan sesalinan kepada Ahli Majlis MPN iaitu Mr. Gan Chee Biow dan juga Pengerusi JKKK kita iaitu En. Mohd. Salleh Othman.

Harap maklum.

[b]Read more..... [/b]