SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Rabu, 9 Mac 2011

Majlis Kesyukuran

[b]


Pada 12 Mac 2011,satu lagi peristiwa penting akan berlaku di Perdana College height nanti.Majlis kesyukuran sempena dengan siap terbinanya Surau Alfalah dan juga bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan .

Bermula majlis seawal pagi lagi..Seekor lembu akan ditumbangkan ,kekuatan semua penduduk PCH ini amat diperlukan bagi acara ni.Beramai lah kita menghulurkan tangan membawa pisau dan golok asah biar tajam,mari kita selesaikan kerja kenduri ini dengan sempurnanya.bagi anak-anak juga disediakan program kemahiran dan minda iaitu pertandingan mewarna,menmindahkan karangan rumi ke Jawi dan pertandingan Azan..menarik tuu..ada hadiah disediakan.
Setrusnya kita sama merewang hingga ke malam kerana masak memasak akan dijalankan pada tengahari sehingga selesai.Kaum ibu jangan malu-malu untuk turut serta mengerah tenaga.
Sebelah malam akan ada acara istimewa selepas maghrib..selawat nabi bermusik dan seterusnya Ceramah Maulidur rasul..
Apa kata jangan tunggu dan jangan fikir lagi, jom kita rewang,jom kita gotong royong,jom kita bersama ,jom heboh kat surau kita.

[/b]

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam ada konsert jom heboh je tuan..

PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHT berkata...

kalau mereka bleh buat jom heboh,mengapa kita tak heboh kat surau kita kann..biar terasa betapa meriahnya hidup kat pch nie..

kz@man berkata...

InsyaAllah. Marilah menyokong demi kesejahteraan bersama.