SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011

[b] [/b]

Seluruh Ahli Jawatankuasa PPPCH serta semua Ketua Lorong di Perdana College Heights mengucapkan :

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011"

Semoga Tahun 2011 dapatlah kita sama-sama merenung perjalanan kehidupan kita yang masih panjang terutamanya dalam menetapkan wawasan untuk memajukan taman Perdana College Heights diperingkat yang terbaik demi keselesaan kita penduduk PCH. Keikhlasan dan kesungguhan yang penting dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 13 Disember 2010

DARI MEJA PENGERUSI PPPCH

[b] [/b]

Assalamkualaikum & salam sejahtera buat semua penduduk Perdana College Heights...


Pejam celik..pejam celik kita sudah menghampiri akhir tahun 2010. Begitu juga dengan PPPCH yang telah hampir menuju pengakhiran penggal dalam mentadbir Persatuan Penduduk Perdana College Heights ini ataupun lebih senang dengan panggilan PPPCH. Semua AJK sudah mula berkira-kira hari dalam memberikan perkhidmatan percuma ini kepada penduduk PCH.

Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana terus memberikan kekuatan kepada saya bersama AJK untuk mentadbir persatuan ini sehingga menghampiri tempoh perkhidmatan kami. Bermula dari bulan Mac - Dis 2010, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan untuk anda semua penduduk PCH. Bermula dengan Senaman Poco-Poco/Senamrobik , Bergotong-Royong , Rumah Terbuka Aidilfitri dan pelbagai lagi perkhidmatan dibelakang tabir yang telah saya dan AJK laksanakan. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh penduduk sangat menggalakkan walaupun masih terdapat segelintir daripada kita yang masih 'malu' atau 'segan' untuk bergaul bersama-sama penduduk.

Berkenaan dengan surau kita, alhamdulillah.. berkat kerjasama semua AJK Pembinaan Surau yang diketuai oleh Ustaz Talhah, berkemungkinan tidak lama lagi lengkaplah pembinaan surau kita. Saya begitu berbangga dengan kegigihan Ustaz Talhah dalam kesungguhan beliau terutamanya yang banyak membawa kepada 'progress' nya pembinaan surau ini. InsyaAllah suku pertama tahun 2011 mungkin dah boleh digunakan oleh jemaah kita.

Tentang Tabika KEMAS, adalah agak suram kerana tuan rumah yang pihak Tabika sewa itu berhajat untuk menduduki rumahnya pada awal tahun 2011 ini. Walaubagaimanapun, pihak AJK Tabika KEMAS PCH telah berusaha memohon sebuah bangunan di Pangsa Pajam untuk dijadikan Tabika KEMAS. Sementara itu, permohonan bangunan tetap juga telah dimohon kepada pihak KEMAS Seremban dimana kita cuba memohon sebahagian kecil tanah di tapak surau untuk dijadikan Tabika KEMAS. Hal ini saya cuma serahkan kepada pihak KEMAS & Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS untuk menentukan kelulusannya. Wa;aubagaimanapun, Tabika ini untuk kemudahan siapa? untuk anak-anak kita juga menerima ilmu awal pendidikan kanak-kanak.

Berkaitan sekolah rendah, juga pihak saya telah membuat permohonan dengan Jabatan Pelajaran NS. Walaubagaimanapun, setelah 6 bulan tiada respon, saya telah panjangkan aduan kepada Kementerian Pelajaran Msia. Pada masa sekarang, KPM sedang mengkaji & meneliti permohonan yang telah PPPCH buat. Bersabar la ye..

Kawalan keselamatan, alhamdulillah sejak 01hb JUN 2010 kita mulakan aktviti kawalan keselamatan swasta ini, tiada lagi masalah pecah rumah di malam hari. Terima kasih kepada anda yang menyertai @ membayar RM30.00 sebulan untuk kawalan keselamatan ini. Jika ada kelemahan daripada pihak security, kita akan memperbaikinya.. tak ada masalah!! Yang paling PENTING, risiko untuk kejadian pecah rumah dah menurun. Pengawal juga mengawal taman kita dengan baik. Segala kenderaan yang tak dikenali ditahan-disoal-dicatatkan maklumat didalam buku rekod mereka. Tingkap kereta rakan kita yang tak ditutup rapat, ditekannya loceng rumah berkali-kali untuk maklumkan. Maksudnya, mereka prihatin.. Jadi, sama-samalah kita bekerjasama dalam menjayakan Kawalan Keselamatan ini sampai bila-bila.

Nak mesyuarat tiada tempat...? Inilah yang selalu mencacatkan pihak PPPCH untuk bermesyuarat kerana PCH tiada Balai Raya.. Jadi, atas masalah itu, pihak PPPCH juga telah memohon sebuah bangunan Pusat Aktviti Masyarakat di atas tanah seluas 0.25 ekar di tepi Suria Residences. Permohonan dibuat kepada Jabatan Perancang Bandar, MPN dan telah dipanjangkan kepada Ahli Majlis MPN untuk bersama-sama membantu kita mendapatkan bangunan ini. Kita tunggu bajet 2011 yang turun nanti.. mudah-mudahan permohonan kita diluluskan oleh MPN.

Sebagai tanda saguhati, PPPCH telah memberikan kalendar 2011 secara PERCUMA kepada ahli PPPCH sahaja. Minta maafla jika anda bukan ahli sebab ahli dikenakan bayaran keahlian tahunan. Kalendar yang berlatarbelakangkan aktviti PPPCH sepanjang 2010. Terima kasih buat En. AmirulHafiz yang telah membuat design untuk kelandar kita.

Sekarang, AJK PPPCH sedang merangka tarikh yang sesuai untuk mengadakan AGM kali ke-3 untuk sesi 2011. Jadi, pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat mana-mana perkara yang menyinggung perasaan rakan-rakan penduduk. Percayalah, tanpa minat yang sungguh, maka suramlah taman kita tanpa sebarang aktiviti masyarakat. Saya menyeru kepada rakan-rakan agar terus menyokong segala aktviti & program yang dilaksanakan demi untuk kebaikkan semua.

Sekian, terima kasih.

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 29 November 2010

LAPORAN AKTIVITI FASA 2

[b] [/b]

Berikut adalah di antara aktiviti PPPCH dari 02.06.2010 - 30.11.2010 :

1. Menggantung banner Salam Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri

2. Menghantar nama penduduk yang bercuti Hari Raya ke Balai Polis Mantin.

3. Menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri PCH.

4. Memberikan kalendar PPPCH secara PERCUMA kepada AHLI PPPCH yang mendaftar dari tahun 2008

5. Membuat aduan penyelenggaraan Kolam Takungan JPS dengan JPS.

6. Membuat tindakan susulan permohonan sekolah rendah dengan Kementerian Pelajaran Msia.

7. Membuat permohonan sebuah bangunan Pusat Aktiviti Masyarakat di PCH melalui MPN.

Sekian, harap maklum

[b]Read more..... [/b]

Khamis, 25 November 2010

PERMOHONAN PUSAT AKTIVITI MASYARAKAT

[b] [/b]

Pusat Aktiviti Masyarakat (Gambar Hiasan)


Pada awal November 2010 yang lalu, PPPCH telah membuat satu Permohonan Mendirikan Bangunan Pusat Aktiviti Masyarakat PCH dengan Majlis Perbandaran Nilai. Permohonan telah diserahkan kepada pegawai Jabatan Perancang Bandar iaitu En. Azrin.

Permohonan ini dibuat berdasarkan satu keperluan penduduk setempat untuk menjalan pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada masa-masa yang akan datang. Selain daripada itu, tempat ini juga dapat dijadikan sebagai tempat bermesyuarat memandangkan sebelum ini kita terpaksa bermesyuarat di Balai Raya Kg Btg Benar ataupun di kedai-kedai makan yang berhampiran.

Terdapat dua pilihan tapak yang dipohon. Yang pertama berlokasi di kawasan lapang tepi pintu masuk Suria Residence dan pilihan yang kedua dibelakang padang bola. Diharapkan MPN dapat memeberikan perhatian dengan permohonan kita ini.

Permohonan telah diberikan sesalinan kepada Ahli Majlis MPN iaitu Mr. Gan Chee Biow dan juga Pengerusi JKKK kita iaitu En. Mohd. Salleh Othman.

Harap maklum.

[b]Read more..... [/b]

Rabu, 24 November 2010

KALENDAR PERCUMA UNTUK AHLI PPPCH

[b] [/b]


Kepada semua ahli PPPCH:

Anda boleh dapatkan kalendar 2011 secara PERCUMA daripada AJK PPPCH dalam masa terdekat ini.

Semoga 2011 menjanjikan keberkatan hidup kita di dunia dan akhirat..

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 15 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

[b] [/b]

Seluruh AJK PPPCH mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN kepada seluruh umat Islam di Perdana College Heights dan juga kawasan sekitarnya.

Berhati-hati di jalan raya ketika memandu pulang ke kampung.

[b]Read more..... [/b]

Jumaat, 29 Oktober 2010

HAPPY DEEPAVALI

[b] [/b]

Pihak PPPCH mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI' untuk semua penganut agama Hindu yang menetap di Perdana College Heights.


Berhati-hati di jalan raya semasa pulang ke kampung & pastikan rumah anda berkunci dengan rapi.


DEEPAVALI VARTHUKEL

[b]Read more..... [/b]

Khamis, 14 Oktober 2010

KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) PCH

[b] [/b]

Tahniah buat KRT PCH di bwh pimpinan En. Hassan b. Harun (Pak Hassan) di atas berjayanya ditubuhkan di PCH. Dengan peruntukkan yang telah disediakan oleh kerajaan, maka akan bertambahlah aktiviti & program di PCH.


Adalah diharapkan PPPCH & KRTPCH dapat bergerak seiring serta berkerjasama dalam memakmurkan taman PCH ini agar kita terus maju sebagai sebuah taman yang aktif dalam pembangunan masyarakat.

Sekalung ucapan Syabas & Tahniah!!!

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 4 Oktober 2010

SEKITAR MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

[b] [/b]






Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PCH yang dianjurkan Persatuan Penduduk PCH dengan berlangsung dengan jayanya. Berikut adalah informasi mengenai majlis ini:

1. Aktiviti gotong-royong bermula seawal jam 7.00pagi dengan pembahagian pelbagai jenis tugas iaitu bakar lemang(40 batang), masak kuah kacang, rendang daging, kari ayam dan pelbagai persediaan lagi. ( ayam=30 ekor , daging 20kg )

2. Sekitar jam 6.00pm, semua persediaan makanan telah siap untuk dihidang serta persiapan khemah disusun dengan begitu rapi.

3. 8.30pm ketibaan penduduk bersama ahli keluarga ( + - 90 buah keluarga = 350 orang ) dengan pakaian lengkap berwarna-warni.

4. Sekitar 8.35pm, Ahli Majlis MPN Mr. Gan Chee Biow hadir serentak dengan Pengerusi JKKK Kg. Batang Benar, En. Mohd. Salleh b. Othman bersama Pengerusi KRT Pangsa Pajam, En. Zulkifli dan ahli jawatankuasa masing-masing.

4. Majlis dimulakan jam 8.50pm dengan Ucapan Pengerusi Majlis, Bacaan Doa, Ucapan Pengerusi PPPCH dan diakhiri dengan ucapan Mr Gan Chee Biow.

5. Simbolik majlis kali ini adalah dengan gemerlapan cahaya bunga api (KLCC) terus menerangi ruang udara PCH ( 5 unit bunga api - sumbangan En Jefri Jaafar ).

6. Sambil makan, penduduk diselangi dengan acara penyampaian 30 hadiah cabutan bertuah yang semestinya menggembirakan penduduk termasuk yang bukan beragama Islam.

7. Majlis menjadi agak terbantut apabila hujan lebat beserta angin bertiup kuat. Namun tidak menganjakkan lebih kurang 300 tetamu ketika itu.

8. 10.30pm penduduk beransur-ansur pulang dengan boleh dikatakan dengan hati yang riang.

Kesimpulan:

Majlis Rumah Terbuka PCH 2010 mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada penduduk PCH walaupun mengikut kehadiran, masih ramai lagi penduduk yang tak dapat hadir kerana hujan lebat. Walaupun hujan, makanan yang disediakan habis menunjukkan kemeriahan majlis kali ini.

Masalah tiada dewan / balai raya terus dibisik di telinga Ahli Majlis dengan harapan tanah seluas 1/2 ekar yang disediakan oleh Seri Pajam dapat didirikan dewan / balai raya dengan kadar segera. Ahli Majlis & Ketua Kampung juga basah dalam keadaan hujan lebat tersebut.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Pak Hassan, Bro Ashri, Hj. Azmi, Pak Sherif, Pak Rashid, Abg Kamal, Bro Fadzil yang berjaya mengemudi majlis ini daripada mula sehingga selesai.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua AJK PPPCH serta penduduk yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang turut membantu dalam menjayakan program pada kali ini.

Juga tidak dilupakan kepada semua penaja Rumah Terbuka Aidilfitri PCH kali ini iaitu Seri Pajam Development, En Jefri , En. Yuzman , Syarikat Security, En Masri dan banyak lagi orang perseorangan yang memberikan tajaan kewangan. Tidak lupa ribuan terima kasih kepada KRT PCH atas sumbangan RM600.00.

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada penduduk PCH yang memberikan sokongan dengan menyertai majlis ini dari awal sehingga selesai.

Sekian, terima kasih.

[b]Read more..... [/b]

Ahad, 5 September 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PCH

[b] [/b]

PPPCH akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PCH seperti maklumat berikut :

Tarikh : 02hb Oktober 2010 ( 23 Syawal 1431H ) - Sabtu
Masa : 8.00 malam
Tempat : Jalan PCH 8, Perdana College Heights
Bayaran : RM20.00 ( satu rumah )
Tetamu VIP : Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Nilai

Penyediaan jamuan akan dilaksanakan dengan kaedah Bergotong-Royong bermula jam 1.30 petang..
Datang la semua 'orang kampung' kita sama-sama memasak & bakar lomang yoo...

Diharap tuan/puan dapat 'block' tarikh seperti yang tertera...

Terima kasih

[b]Read more..... [/b]

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

[b] [/b]


Kami jawatankuasa Persatuan Penduduk Perdana College Heights ingin mengucapkan:

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN'...

Sebelum pulang ke kampung, sila pastikan keadaan rumah kita selamat berkunci dan jangan tinggalkan kesan seolah-olah rumah kita ditinggalkan.. Tinggalkanlah dua-tiga helai pakaian diampaian..

Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung dan pastikan kita berjumpa kembali di Perdana College Heights... InsyaAllah.
.

[b]Read more..... [/b]

Jumaat, 27 Ogos 2010

PENDAFTARAN TABIKA KEMAS SESI 2011

[b] [/b]


Kini pendaftaran Tabika KEMAS utk sesi 2011 telah dibuka. Sila hubungi Cikgu Diana dengan kadar segera sementara masih dibuka pendaftarannya.

[b]Read more..... [/b]

Khamis, 26 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-53

[b] [/b]


Salam 1Malaysia!!!

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53 buat semua warga Malaysia terutamanya penduduk PCH. Marilah sama-sama kita mengibarkan jalur Gemilang tidak kira di rumah atau di kenderaan kita sebagai tanda kasih sayang terhadap negara kita.

[b]Read more..... [/b]

Khamis, 12 Ogos 2010

SALAM KEJIRANAN SURIA RESIDENCES

[b] [/b]

Selamat datang dan mendiami rumah anda di Perdana College Heights. Semoga anda bergembira dengan suasana kehidupan di sini.. Kami mewakili seluruh penduduk mengucapkan Salam Kejiranan buat anda semua.

[b]Read more..... [/b]

Selasa, 10 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

[b] [/b]

Kami seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk PCH mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA bagi seluruh muslimin & muslimat di Perdana College Heights.
Semoga segala amalan kebaikan kita akan diterima oleh Allah S.W.T dan bersama-samalah kita memperoleh keberkatan hidup di dunia & akhirat.
"BERSAMA-SAMALAH KITA JEMAAH PCH MENGIMARAHKAN SURAU AL-FALAH SEPANJANG RAMADHAN INI"

[b]Read more..... [/b]

Rabu, 14 Julai 2010

GOTONG-ROYONG 2010

[b] [/b]



Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada sebahagian penduduk PCH yang begitu bersemangat menyertai Program Gotong-Royong PCH yang lalu.. Tuan/puan mempunyai semangat hidup bermasyarakat yang tinggi dan inginkan menjalinkan perhubungan silaturahim sesama jiran tetangga.

Ribuan terima kasih juga kepada pemberi sumbangan iaitu Tn Hj Zulmurad ( kewangan ), En Yuzman ( cat, air mineral & peralatan mengecat ) , En. Masri ( P.A Sistem ) , SERI PAJAM ( makanan ) dan yang memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih juga kepada Mr Gan selaku Ahli Majlis MPN sudi merasmikan Gotong-Royong PCH seterusnya menyumbang 6 unit vest untuk pasukan COMBI PCH. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Seremban atas taklimat Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes seterusnya meluluskan penubuhan Pasukan COMBI PCH. Tidak lupa kepada Jabatan Perbandaran MPN, Syarikat SWP yang telah bersama-sama penduduk PCH untuk membersihkan kawasan PCH.

Kepada yang tidak menyertai Program Gotong-Royong ini, perlulah difikirkan apakah bentuk sumbangan kita untuk kemajuan PCH? Elakkan lah diri kita terdiri sebagai masyarakat yang mementingkan diri sendiri. PPPCH anjurkan aktiviti ini adalah untuk kita bersemuka sesama penduduk dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra lagi. Janganlah kita berasa selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Mungkin satu hari nanti kita memerlukan bantuan orang lain. Harap selepas ini sama-samalah kita berganding-bahu untuk membangunkan kawasan PCH ini.

Sekian.

[b]Read more..... [/b]

Ahad, 6 Jun 2010

"100 HARI AMANAH DIPIKUL"

[b] [/b]

Antara Perkhidmatan PPPCH: (21.3.2010 - 01.06.2010)

1. Mengemaskinikan data keahlian PPPCH
2. Membuat permohonan bangunan tetap Tabika KEMAS
3. Membuat permohonan kali ketiga pasar malam dengan MPN
4. Membuat permohonan sekolah rendah (16/4) dengan Jbtn Pelajaran N.Sembilan
5. Mengadakan aktiviti Senamrobik & Poco-Poco
6. Mengadakan perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta
7. Mengadakan aktiviti Gotong-Royong ( 20/6 )
8. Membuat aduan lalat & nyamuk dengan MPN

Terima kasih buat semua ahli Jawatankuasa PPPCH 2010-2011, Ketua-Ketua Lorong, serta aktivis masyarakat di PCH yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam berusaha dalam pembangunan dan pelbagai aktiviti di Perdana College Heights ini.

[b]Read more..... [/b]

Rabu, 2 Jun 2010

JOM BERGOTONG-ROYONG

[b] [/b]


Program kita 2008 dulu

PPPCH akan menganjurkan satu lagi aktiviti dalam komuniti iaitu Program Gotong-Royong Perdana. Aktiviti ini bertujuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes serta mengindahkan taman kita disamping mengeratkan perhubungan silaturrahim antara kita.

Aktiviti kali ini akan dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Nilai iaitu Tuan Haji Ali b. Luman. PPPCH juga berusaha untuk mewujudkan satu 'team COOMBEE' iaitu pasukan yang akan memantau pembiakan nyamuk aedes di taman kita ini. Berikut adalah maklumat program:

Tarikh : 20hb JUN 2010 ( AHAD )
Masa : 7.30 pagi
Tempat Berkumpul : Hadapan Jalan PCH 14, Perdana College Heights

Pada masa ini juga, kaunter pendaftaran keahlian PPPCH & pembayaran yuran keahlian juga boleh dibayar kepada S/Usaha dan Bendahari PPPCH.

Saya menyeru kepada semua warga taman PCH untuk memberikan laluan pada tarikh diatas untuk aktiviti kemasyarakatan ini hasil usaha PPPCH untuk kebaikan bersama. Harap dpt mewar-warkan kepada jiran-jiran kita mengenai program ini.

*flyers juga telah diedarkan kepada semua penduduk PCH.

[b]Read more..... [/b]

DARI MEJA PENGERUSI PPPCH

[b] [/b]

Assalamualaikum & Salam hormat kepada semua pelayar blog PPPCH...

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t di atas kebesarannya mengizinkan kita untuk terus bersatu-padu dibawah satu bumbung iaitu dibawah naungan Persatuan Penduduk Perdana College Heights. Sejarah awal penubuhan PPPCH ini telah menunjukkan kesungguhan kita dalam mencari kesepakatan dan keserasian dalam komuniti untuk membangunkan taman atau kampung kita ini maju kehadapan dan lebih berdaya saing daripada segi pembangunan infrastruktur dan kesahsiahan masyarakat kita. Buktinya telah jelas dimana dalam usia 'setahun jagung' kita telah berjaya diwujudkan sebuah pusat didikan awal anak2 kita iaitu Tabika KEMAS walaupun terpaksa menyewa sebuah rumah di taman kita ini. Jelaslah menunjukkan kesungguhan kita dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak menjadi satu hala tuju kita dalam membantu meningkatkan mutu pendidikan serta dalam masa yang sama dapat menjimatkan ekonomi penduduk jika mahu dibandingkan dengan bayaran yang dikenakan oleh pusat2 tadika swasta.
Pembangunan seterusnya yang masih usaha murninya diteruskan ialah mendirikan sebuah surau tetap di kampung kita ini. Permohonan pertama yang diilhamkan oleh PPPCH telah dimulakan pada 18hb April 2009 dan kesinambungan telah diusahakan oleh jawatankuasa yang telah dilantik. Tahniah saya ucapkan kepada keseluruhan jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah yang diterajui oleh Ustaz Mohd Talhah kerana usaha bersungguh-sungguh dalam usaha ini. Difahamkan, dalam masa yang terdekat ini maka bermula usaha menaikkan bangunan surau di kampung kita ini.
Masih mementingkan mutu pendidikan sebagai teras pembangunan, PPPCH telah membuat permohonan mendirikan sebuah sekolah rendah di atas tanah seluas 6 ekar di PCH di mana permohonan telah terus diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada bulan April 2010 yang lalu. Mungkin akan mengambil masa yang panjang. Walaubagaimanapun, tanpa usaha PERTAMA, tidak mungkin wujud nombor DUA.. insyaAllah, jika diizinkanNya, 2-3 tahun lagi makan wujudlah sebuah sekolah rendah di taman kita ini.
Aspek kesihatan tidak dilupai dengan PPPCH telah mewujudkan aktiviti Senamrobik & Poco-Poco yang bertujuan sebagai aktiviti riadah semua penduduk. Alhamdulillah, walaupun baru 2 kali aktiviti ini dijalankan, sambutan amat menggalakkan daripada 'orang kampung' kita. Terima kasihlah buat abg Masri sebagai penaja P.A sistem dan Cikgu Hamid sebagai instructor. Jasa kalian amatlah saya menghargainya. Apabila melihat nyamuk berterbangan di dalam rumah, dengan segera aduan dibuat kepada MPN. Tindakan pantas MPN amat dhargai dengan membuat 'fogging'. Semua ini adalah untuk jaminan kesihatan seluruh warga PCH ditahap yang memberangsangkan.
Pelbagai aktiviti lagi sedang dirancang untuk memberikan kesonokkan menetap di kampung kita ini. Jadi, saya amat menyeru kepada seluruh warga PCH sama ada Orchid atau Bayan terus menyokong segala usaha murni ini. PPPCH cuma mengharapkan penyertaan anda untuk memeriahkan segala aktiviti atau program yang telah dirancang oleh PPPCH. Kami AJK PPPCH telah berkorban masa, tenaga serta wang ringgit untuk membangunkan pelbagai kemudahan kepada semua warga PCH. Cuma sokongan yang dipinta bagi menjayakan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan. Kalau dahulu, pepatah ada mengatakan ' Jangan jaga tepi kain orang'... Walaubagaimanapun, pepatah tersebut boleh diubahsuai.. Ambil-ambillah tahu jiran kita.. tegur-tegurlah jiran kita.. senyum-senyumlah dengan jiran kita.. agar perhubungan kita lebih mesra..
Semoga coretan kali ini dapat mengubah persepsi serta andaian kita dalam kehidupan bermasyarakat ini yang menuntut kita bergabung serta bersatu hati dalam bersama-sama kita membangunkan Perdana College Heights bukan untuk gah, tapi untuk kebaikkan bersama.

Sekian.. Wassalam..

[b]Read more..... [/b]

Ahad, 30 Mei 2010

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA

[b] [/b]

Bermula 01hb JUN 2010 ( SELASA), PCH akan mula dikawal oleh sebuah Syarikat Kawalan Keselamatan Z-Force yang akan beroperasi pada waktu malam. Oleh itu, marilah sama-sama kita memberikan sokongan kepada teamPPPCH yang bertungkus-lumus dalam pengurusan kawalan keselamatan ini demi kesejahteraan semua warga PCH.

Sekian.

[b]Read more..... [/b]

Khamis, 20 Mei 2010

KEMPEN BAYAR YURAN AHLI PPPCH & PENDAFTARAN AHLI BARU

[b] [/b]

Salam: Tuan/puan yang telah menjadi ahli Persatuan Penduduk Perdana College Heights diminta untuk membuat bayaran yuran tahunan sebanyak RM40.00. Bayaran boleh dibuat melalui Ketua Lorong / terus kepada BENDAHARI ( rumah no. 145 ).

Kepada ahli baru yang ingin menyertai PPPCH, juga boleh berbuat demikian melalui Setiausaha PPPCH, En. Zairul. Yuran ahli baru ialah RM10.00 (pendaftaran - Sekali seumur hidup ) dan yuran tahunan RM 40.00.

Kutipan yuran akan dilakukan sepanjang Bulan MEI - 15hb JUN 2010. Harap maklum.

Terima kasih.

[b]Read more..... [/b]

KES PECAH RUMAH

[b] [/b]

Semakin menjadi-jadi kes pecah rumah di kawasan kita. Hari ni 20hb Mei 2010, jam 10.00pagi telah berlaku sebuah lagi rumah yang dipecah masuk melalui pintu belakang. Habis pecah separuh pintu kayu belakang. Walaubagaimanapun, penyamun tak sempat melarikan barangan diatas tindakan cepat jiran.
Utk makluman semua penduduk PCH, hal ini amat membimbangkan kita!! Jangan sampai bertambah jumlah rumah yang dipecah masuk. Antara 1-2 minggu ini, perompak2 ni mmg aktif dengan beberapa kes pecah masuk di Taman Mulia.
Sila berikan perhatian kepada sebuah kereta Myvi berwarna PUTIH!!!Disyaki suspek merupakan berbangsa Melayu.
Sebarang kemusykilan atau syakkan sesuatu, terus menghubungi Balai Polis Mantin di talian :06-7581222 atau
Chief Inspektor Rashid, Ketua Balai, Balai Polis Mantin di talian 012-5183594 atau boleh menghubungi saya Mohd Anuar Saed di talian 012-2344294.
'WAR-WARKAN KEJADIAN INI KEPADA JIRAN-JIRAN PCH'

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 10 Mei 2010

AKTIVITI KESIHATAN PCH

[b] [/b]



Pada 9hb Mei 2010 (Ahad), telah berlangsung dengan jayanya aktiviti kesihatan PCH iaitu Senamrobik 1Taman. Seronok juga bila dapat bersenam 'Poco-poco'... Ramai penduduk PCH yang telah turun walaupun terdapat sebaran maklumat yang agak terlewat. Semoga aktiviti sebegini dapat terus dikekalkan. Terima kasih buat Cikgu Hamid yang bertindak sebagai instructor pada pagi tu..




Jangan lupa, 23hb MEI 2010 aktiviti kali ke-2...




Terima kasih.

[b]Read more..... [/b]

FOGGING DARIPADA MPN

[b] [/b]


Terima kasih buat Unit Kesihatan, Majlis Perbandaran Nilai diatas kerjasama kerana memberi tindakbalas positif & segera dalam mencegah pembiakan nyamuk Aedes di PCH. Pihak MPN telah membuat 'fogging' diseluruh PCH pada 26hb April 2010 yang lalu.


Terima kasih.

[b]Read more..... [/b]

Sabtu, 8 Mei 2010

AWAS!! SAMUN PECAH RUMAH KEMBALI...

[b] [/b]


Salam 1PCH.. Untuk makluman semua, pada 6hb Mei diantara jam 2.30am - 4.30am, telah berlaku 3 kejadian pecah rumah secara berturutan. 2 daripadanya telah berjaya dipecah masuk manakala 1 lagi rumah hanya sempat mengumpil pintu belakang. Kejadian seperti ini sebenarnya sudah begitu lama tidak berlaku di perumahan Orchid PCH dan mungkin keselesaan ini membuatkan kita leka. Menurut sumber yang boleh diambil kira, penyamun ini menggunakan kaedah 'pukau' yang amat selesa baginya memasuki kawasan rumah kita. Kepada mangsa pecah masuk, saya mewakili jawatankuasa PPPCH melahirkan rasa bersimpati di atas kejadian yang menimpa.
Oleh yang demikian, saya menyeru dan merayu seluruh penduduk PCH dapat menerangkan waktu tengah malam kediaman kita dengan memasang lampu. Berapakah sangat nilai elektrik jika dibandingkan ancaman keselamatan yang mungkin kita terima? Dengan kaedah ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko jenayah pecah rumah di kawasan kita.
PPPCH amat memandangkan serius tentang perkara ini dan telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama KRT PCH serta AJK dan penduduk yang sempat hadir. Hasil keputusan mesyuarat, berkemungkinan besar kita akan melantik satu syarikat kawalan keselamatan untuk urusan keselamatan PCH. Harap dapat peka dengan perkembangan semasa di PCH dan sampai2kanlah maklumat kepada jiran-jiran.
Sekian, terima kasih.

[b]Read more..... [/b]

Selasa, 20 April 2010

JOM "STANDBY" UNTUK BERGOTONG-ROYONG

[b] [/b]

Untuk semua penduduk Perdana College Heights..
Kita akan menganjurkan satu aktiviti bergotong-royong untuk membersihkan dan menceriakan taman kita.
Sila kemaskini tarikh tersebut dari semasa ke semasa. Berkemungkinan dalam bulan Mei ini.
Harap maklum. Terima kasih.

[b]Read more..... [/b]

SENAMROBIK PPPCH

[b] [/b]


Penduduk PCH yang berminat utk menyertai aktiviti senamrobik bolehlah datang ke Jalan PCH 14 ( tepi rumah corner lot, antara Bayan & Orchid ) pada 09hb Mei 2010 ( AHAD ) bermula jam 7.30 pagi. Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi S/Usaha PPPCH untuk keterangan lanjut.

Datanglah beramai-ramai utk memeriahkan suasana!!!! Aktiviti ini adalah PERCUMA....

Sekian.

[b]Read more..... [/b]

Ahad, 18 April 2010

MISTERI LEKAS HIGHWAY

[b] [/b]


Terbaru, Achik Spin telah meninggal dunia setelah kenderaannya terbabas lalu merempuh papan tanda di KM 14 ( 1km sebelum taman PCH) Lebuhraya LEKAS yang juga amat berhampiran dengan kawasan Perdana College Heights. Takziah buat keluarga mangsa.

Yang menjadi persoalannya, mengapakah kerap kali berlaku kemalangan di LEKAS Highway tak kira kemalangan kecil atau maut sedangkan pada kebiasaannya Highway LEKAS jarang sekali dilihat keadaan yang sibuk dengan kenderaan. Selalunya lengang saja.

Semoga pihak LEKAS mengkaji semula apakah yang sering mengakibatkan kemalangan jalan raya di situ. Kita sebagai pengguna di Highway LEKAS, haruslah lebih berhati-hati ketika menggunakannya. Berhati-hati dijalan raya.

[b]Read more..... [/b]

Khamis, 15 April 2010

SEMARAKKAN SEMANGAT KEJIRANAN

[b] [/b]

*artikel akan dimuatkan kemudian. harap maaf!!

[b]Read more..... [/b]

ADUAN KEPADA MPN

[b] [/b]

PPPCH telah membuat 2 aduan ON-LINE berkenaan dengan gangguan LALAT & NYAMUK di kawasan PCH. Aduan dibuat pada 14hb April 2010. Harap pihak Majlis Perbandaran Nilai akan membuat tindakan sewajarnya demi kepentingan masyarakat selari dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'..

[b]Read more..... [/b]

Rabu, 14 April 2010

MESYUARAT AJK PPPCH BIL 01/2010

[b] [/b]

Semua AJK PPPCH serta Ketua Lorong adalah dijemput untuk menghadiri satu Mesyuarat AJK PPPCH buat kali pertama seperti maklumat berikut :

TARIKH : 16hb APRIL 2010 (JUMAAT)
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : BALAI RAYA KG. BATANG BENAR (tepi Masjid Batang Benar)

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi S/Usaha PPPCH En. Zairul di talian 012-9344554.

Harap maklum.

Terima kasih.

[b]Read more..... [/b]

Sabtu, 20 Mac 2010

Nyamuk

[b] [/b]


Banyak nyamuk sekarang di kwsn PCH.. PPPCH dh cuba minta 'fogging'.. Tp.. pihak MPN memaklumkan, ada kes baru boleh datang fogging.. Setuju ke warga PCH?

[b]Read more..... [/b]

Mana Stesen Petrol ?

[b] [/b]


Rasanya dah 2 tahun papan tanda tanah stesen petrol untuk dijual di kawasan tepi jalan masuk PCH.. Tp.. sebatang tiang pun tak nampak.. awal tahun 2009, Seri Pajam ada memaklumkan ramai dah yg masuk utk dptkan tanah tu..


Kalau ada stesen minyak, meriah la sikit kwsn kita.. Anyway.. harap2 cepatlah dibina stesen minyak tuu..

[b]Read more..... [/b]

Selasa, 2 Mac 2010

SEKITAR KENDURI KAHWIN ANAK PAK RASHID

[b] [/b]



Inilah kita!! Inilah suara kita!! Suara 1Malaysia!!

1Taman - 1Ikatan - 1Wawasan

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 1 Mac 2010

MESYUARAT AGUNG PPPCH KALI KE-2

[b] [/b]

PPPCH akan mengadakan Mesyuarat Agung buat kali yang ke-2. Berikut adalah maklumat mengenai program :

TARIKH : 21hb Mac 2010 ( AHAD )
MASA : 3.oo petang
TEMPAT : Kawasan Lapang ( Bayan )

Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk mengetahui laporan sepanjang Mac 2009 - Mac 2010...

Notis mesyuarat akan diedarkan dengan kadar segera...

[b]Read more..... [/b]

KONTINJEN PCH untuk MAJLIS PERARAKAN MAULIDUR RASUL di KG. BATANG BENAR

[b] [/b]







Inilah wajah-wajah penduduk PCH yang bersama-sama melibatkan diri dalam program masyarakat kampung di Kg. Batang Benar sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

[b]Read more..... [/b]

Rabu, 24 Februari 2010

MESYUARAT AJK PPPCH KALI KE-3

[b] [/b]

Berikut adalah informasi tentang mesyuarat :

TARIKH : 25hb FEBRUARI 2010 ( Khamis )
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : BALAI RAYA KG. BATANG BENAR
AGENDA : 1. Ucapan Pengerusi PPPCH
2. Perbincangan AGM kali ke-2
3. Pembentangan Kewangan semasa
4. Hal-hal lain


Sebarang cadangan daripada pelayar blog ini boleh dimasukkan dalam ruangan 'ulasan' supaya boleh dibawa dalam perbincangan.

[b]Read more..... [/b]

Khamis, 18 Februari 2010

TABIKA KEMAS PCH

[b] [/b]


Pihak PPPCH telah membuat permohonan pembinaan TABIKA KEMAS dibangunan tetap yang berlokasi di sebahagian kecil tapak surau PCH. Pembinaan di tapak surau ini telah mendapat persetujuan penduduk dan AJK Surau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah Bil 01/2010.


Permohonan dibuat melalui pihak JKKK Batang Benar terus kepada pihak KEMAS Seremban pada awal bulan Februari 2010 yang lalu. Semoga anak-anak disekitar PCH akan dapat menikmati kemudahan pembelajaran awal kanak-kanak dengan pembinaan bangunan tetap Tabika KEMAS ini. Walaubagaimanapun, Tabika KEMAS PCH tetap diteruskan pembelajarannya seperti biasa di bangunan sewaan di PCH.

[b]Read more..... [/b]

Isnin, 15 Februari 2010

1Taman - 1Ikatan - 1Wawasan

[b] [/b]

1Taman - 1Ikatan - 1Wawasan adalah slogan ataupun tema Persatuan Penduduk Perdana College Heights. Melambangkan semangat perpaduan & persaudaraan yang kukuh dalam merencanakan segala aktiviti atau projek yang dirancang.
Sikap seperti 'Katak dibawah Tempurung' perlu dikikis oleh oleh setiap masyarakat kerana sikap sebegini amatlah kurang bijak. Oleh yang demikian, marilah kita bersatu hati, berpadu suara bersama-sama mengembleng tenaga bagi menjayakan ikatan kerjasama diantara kita tidak mengira bangsa, agama dan kefahaman politik.

[b]Read more..... [/b]

Ahad, 14 Februari 2010

KRT PCH

[b] [/b]


Perdana College Height akan menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).. Permohonan semuanya telah dihantar ke pejabat Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.
Berkemungkinan awal Mac, kita telah menubuhkan lagi satu pertubuhan yang kesemuanya adalah dasar kepentingan masyarakat.
Semoga PPPCH & KRT PCH dapat berpadu tenaga untuk memeriahkan lagi aktiviti PCH.
Sekian

[b]Read more..... [/b]

AKTIVITI BERTUGAS MALAM SUKARELA

[b] [/b]

Cadangan :
Apa kata kita hidupkan semula aktiviti jaga malam ?
Tapi, jangan panik tuan-tuan, kita buat jaga malam utk hari yang keesokkannya cuti. Contohnya hari Jumaat & Sabtu. Kita tetapkan dalam 10 org bertugas pada setiap malam tersebut.
Disamping menjaga keselamatan, dapatlah kita bersuai-kenal dengan seluruh penduduk di Perdana College Height ini.
Masukkan pandangan anda...!!!
Sekian, terima kasih

[b]Read more..... [/b]

PASAR MALAM DI PCH

[b] [/b]



Pihak PPPCH telah 2 kali memohon mendirikan tapak Pasar Malam di kawasan PCH. Walaubagaimanapun, permohonan kita ini telah ditolak tanpa dinyatakan alasan. Oleh yang demikian, pihak PPPCH menerima keputusan daripada MPN ini dengan hati yang terbukan. Walaubagaimanapun, PPPCH akan terus memohon dengan MPN selagi berkemampuan.

Tapak cadangan di jalan masuk PCH ( dekat rumah Pak Hassan No. 60 ) telah ditolak. Walaubagaimanapun, PPPCH akan cuba usulkan untuk MPN luluskan permohonan Pasar Malam di jalan masuk ke Pangsa Pajam (sebelum flyover LEKAS dr Btg Benar).

[b]Read more..... [/b]

PROJEK PERUMAHAN BARU DI PCH

[b] [/b]

Satu lagi projek perumahan yang baru akan dibangunkan oleh Seri Pajam Development di kawasan berhadapan perumahan Bayan. Pihak PPPCH belum mendapat maklumat lanjut mengenai projek perumahan ini. Berkemungkinan rumah teres dua tingkat akan didirikan di PCH.
Semoga bertambahlah penduduk PCH pada masa akan datang.

[b]Read more..... [/b]

Sabtu, 13 Februari 2010

KEGIATAN CURI PASIR

[b] [/b]

Satu kegiatan mencuri pasir telah berlaku dikawasan perumahan kita. Aduan telah dibuat kepada Balai Polis Mantin & Pejabat Tanah. Kepada semua penduduk, kalau kedengaran bunyi traktor masih mengorek pasir di belakang Orchid (tepi sungai), sila maklumkan kepada saya dengan segera.
Apakah tindakan kita sebagai penduduk PCH?

[b]Read more..... [/b]

SEKITAR MAJLIS KENDURI PAK RASHID

[b] [/b]

Pada 13hb Feb 2010 (Sabtu), berlangsungnya majlis perkahwinan ke-4 di Perdana College Heights. Walaubagaimanapun, ini merupakan yang pertama diadakan secara gotong-royong. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

*gambar akan dimasukkan kemudian

[b]Read more..... [/b]

SALAM 1MALAYSIA

[b] [/b]

Salam Harmoni & Salam 1Malaysia...
Bertemu lagi di laman blog Persatuan Penduduk Perdana College Heights...
Sokongan anda kebanggaan kami..

[b]Read more..... [/b]