SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Sabtu, 8 Mei 2010

AWAS!! SAMUN PECAH RUMAH KEMBALI...

[b]


Salam 1PCH.. Untuk makluman semua, pada 6hb Mei diantara jam 2.30am - 4.30am, telah berlaku 3 kejadian pecah rumah secara berturutan. 2 daripadanya telah berjaya dipecah masuk manakala 1 lagi rumah hanya sempat mengumpil pintu belakang. Kejadian seperti ini sebenarnya sudah begitu lama tidak berlaku di perumahan Orchid PCH dan mungkin keselesaan ini membuatkan kita leka. Menurut sumber yang boleh diambil kira, penyamun ini menggunakan kaedah 'pukau' yang amat selesa baginya memasuki kawasan rumah kita. Kepada mangsa pecah masuk, saya mewakili jawatankuasa PPPCH melahirkan rasa bersimpati di atas kejadian yang menimpa.
Oleh yang demikian, saya menyeru dan merayu seluruh penduduk PCH dapat menerangkan waktu tengah malam kediaman kita dengan memasang lampu. Berapakah sangat nilai elektrik jika dibandingkan ancaman keselamatan yang mungkin kita terima? Dengan kaedah ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko jenayah pecah rumah di kawasan kita.
PPPCH amat memandangkan serius tentang perkara ini dan telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama KRT PCH serta AJK dan penduduk yang sempat hadir. Hasil keputusan mesyuarat, berkemungkinan besar kita akan melantik satu syarikat kawalan keselamatan untuk urusan keselamatan PCH. Harap dapat peka dengan perkembangan semasa di PCH dan sampai2kanlah maklumat kepada jiran-jiran.
Sekian, terima kasih.

[/b]

1 ulasan:

shahrul berkata...

assalammualaikum/salam sejahtera

-sy shahrul, dari tmn astermulia..salam hormat,. sy tidak pasti samada kes ini bersangkutan dengan kaedah pukau atau tidak,.begitu jg kes yg terjadi pada awal januari 2010 di tmn lagenda mulia(Semi-D bepagar) juga melibatkan 3 buah rumah.penghuni langsung tidak menyedari kehadiran penjenayah.
-apa2 pun sy ambil perkara ini sebagai satu maklumat dan ikhtibar. Sy lebih memandang kepada bagaimana jenayah itu berjaya dilakukan, dan dikhuatiri juga dimana sendikit ini menggunakan trade mark yg biasa dilakukan dlm kes-kes berkaitan pukau. cth makan dan minum, meninggalkan najis,tanah..dsb
-apa-apa pun yg penting, bersama kita menangani jenayah di tempat kita.