SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Jumaat, 21 Januari 2011

KEPUTUSAN MESYUARAT AJK BIL 01/2011

[b]

Perkara yang dibincangkan:

1. Masalah anjing liar - Aduan telah dibuat pada 30.12.2010, tindakan pertama pada 13.01.2011 dimana 7 ekor anjing telah ditangkap oleh MPN. Tindakan susulan akan dibuat

2. Kolam Takungan - Aduan telah dibuat kpd JPS (Jabatan Pengairan & Saliran) melalui SPANS dan PPPCH telah mendapat respon yang baik dr pihak JPS. Tanggungjawab kolam takungan dibelakang Orchid adalah dibawah Seri Pajam. Seri Pajam telah dimaklumkan dan pada hari ini kolam tersebut telah diselenggara oleh pihak Seri Pajam.

3. Sekolah Rendah - Pihak Kementerian Pelajaran telah membalas emel PPPCH pada 07.01.2011 dengan menyatakan telah berlaku proses rundingan di antara Jabatan Pelajaran N.Sembilan, MPN, JKR, JPS, dan JAS. Alhamdulillah, PPPCH telah mendapat respon yang baik. Cuma kita bersabar dan terus berdoa semoga permohonan ini mendapat tindakan sewajarnya.

4. Dewan Orang Ramai - Pada 9.11.2010 kita telah membuat permohonan Pusat Aktiviti Masyarakat. Alhamdulillah pada 11.01.2011 yang lalu, pihak MPN, Penilaian serta beberapa orang kontraktor telah datang untuk melihat tapak. Tindakan pantas sebegini amat menggembirakan kita walaupun, pada dasarnya kita amat memahami prosedur permohonan dengan kerajaan. Adalah dimaklumkan bahawa dalam 2011 ini mungkin dapat dibina Pusat Aktiviti Masyarakat ATAU Dewan Orang Ramai di PCH.

5. Kawalan Z-Force Security - Mesyuarat membincangkan berkenaan perjanjian dengan syarikat Z-Force telah dimeterai selama 1 tahun bermula 01.01.2011 sehingga 31.12.2011. Walaubagaimanapun, jika terdapat ketidakpuashatian di kalangan penduduk melalui PPPCH, kita berhak untuk membatalkan kontrak tersebut. Setakat ini sejumlah 193 unit rumah yang menyertai perkhidmatan kawalan keselamatan ini. Pemantauan perkhidmatan ZF akan dilakukan oleh Biro Keselamatan PPPCH dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan.

6. Mesyuarat Agung Kali Ke-3 - Telah diputuskan akan berlangsung pada 13.02.2011 (SABTU) bertempat di selekoh antara Jalan PCH 14 ke 15 pada jam 2.00 petang. Semua ahli PPPCH, penduduk PCH serta mesyuarat bersetuju menjemput penduduk Suria Residences untuk bersama-sama menyertai mesyuarat di samping berkenalan antara satu sama lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45malam.

[/b]

Tiada ulasan: