SELAMAT DATANG KE PAPARAN MAYA PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHTS, MANTIN, NSDK

Sabtu, 19 Februari 2011

Musim baru ,Cerita baru,Pentadbir baru

[b]


Assalamualaikum ....

Kepada semua penduduk PCH,Saya dengan rasa rendah hati ingin memulakan n3 dalam bolg ini sebagai pemula dan pembuka bicara.
Pada AGM yang lepas saya telah dipilih sebagai Peneraju kepada Persatuan Penduduk Perdana College Height yang baru bagi sessi 2011.Adui yaii..
Terasa umpama seketul batu terletak diatas jemala patik..
Namun apakah kita harus melarikan diri dan meninggalkan kepercayaan dan amanah ini ..?
Saya akan meneruskan legasi yang ditinggalkan, meneruskan perjuangan yang diwariskan ,walaupun mungkin tidak sebaik pengerusi yang lalu,tidak sehebat rakan yang dulu,mampukah aku??
Cabaran ini menjadikan kita lebih kuat,lebih berani..lebih bertanggungjawab.
Kita dijadikan allah dengan dua tangan ..satu tangan adalah untuk diri sendiri dan tangan yang satu lagi adalah untuk menolong orang lain.
Kepada anda semua warga PCH harapan saya adalah
Berikan sokongan kepada kami yang baru,
Tunjukkkan ke khilafan kami
tegurlah kelemahan kami
berikan jalan untuk kami lalui
bagi saya ..
kita adalah satu taman,
kita adalah keluarga
kita satu wawasan
dengan harapan....
agar dapat menokok mana yang yang kurang,
mengulas mana yang senteng,
menghubung mana yang pendek,
yang usang sama kita perbahurui,
yang lapuk kita kajangi,
yang singkat kita sambungkan
yang panjang kita tolong keratkan
yang koyak kita tampal..
Kita masih banyak kerja yang harus kita ladeni
Ayuh ..bersama kita harungi
Hidup PPPCH..Aman Sejahtera

Ikhlas dari ;
Masri Mansor,
Pengerusi PPCH 2011
*"Sekali melangkah terus kehadapan jangan pandang belakang"

[/b]

4 ulasan:

CheguAnuar berkata...

Bang, bersemangat mcm ni la yg penduduk nak.. ok.. selepas 7hb mac, den ingat nak jumpa bang.. ok.. selamat maju jaya!!

PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHT berkata...

terimakasih cikgu..
sokongan dan tunjukajar dari semua adalah amat diharapkan dan dihargai..insyallah mesyuarat pertama Ajk akan diadakan selepas sahaja Majlis perasmian KRT selamat dilangsungkan.Kita berikan tumpuan untuk menjayakan KRT dulu.
Terimaksaih semua..

kz@man berkata...

Saya sokong. Semangat macam ni yang kita mahu.
Nampaknya pengambilan tugas sebagai moderator blog ini berjalan lancar. Semoga perkara ini menjadi tradisi dan platform yang positif di PPPCH dan lain-lain sub komuniti rasmi di PPPCH (Surau, KRT, COMBI, dll)

PERSATUAN PENDUDUK PERDANA COLLEGE HEIGHT berkata...

sekali lagi terima kasih en Kz@man..
kita akan buat yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik dan menjadikan PCH ini taman yang terbaik dikalangan yang terbaik..ada bran????