Satu perjumpaan antara pengurusan Persatuan Perdana College Height dan Seri Pajam Development telah diadakan pada 15 .04.2011 jam4.00 petang di Pejabat Seri Pajam sdn Bhd.
PPCH diwakili oleh Pengerusi Masri ,Tim Pengerusi En.Zairul dan juga AJK En Roslan.,sementara Seri Pajam diwakili oleh Pengurusnya dan Team leader Sdra Syiril.Pejumpaan telah berjalan dengan suasana baik dan harmonis sekali.
Perjumpaaan kali ini adalah lebih merupakan kepada perjumpaan suai kenal antara dua entiti ini.Kami telah mengutarakan beberapa pandangan mengenai kemajuan dan hubungan sosial dalam suasana terkini.Mengenai kemudahan yang di PCH ini kebanyakannya telah pun diserah milikkan kepada Majlis Perbandaran Nilai,jadi segala kekurangan ,kerosakan terhadap kemudahan asas hendaklah dilaporkan terus kepada MPN.Antara yang diutarakan seperti kebersihan longkang,taman permainan,guard house(pondok jaga),surau dan beberapa perkara lain.,begitu juga mengenai rancangan masa depan seri pajam mengenai taman ini secara keseluruhan.Secara Amnya pihak Pengurusan Seri pajam telah memberikan maklumbalas yang positif.,namun segala maklumbalas ini akan terus dipantau untuk tindakan selanjutnya.Perjumpaan ditangguhkan pada 5.30 petang.,dengan harapan satu perjumpaan yang lebih konkrit dapat diadakan pada satu masa kelak.
Persatuan Penduduk Perdana College Heights, Mantin, NSDK
'1TAMAN-1IKATAN-1WAWASAN'
Ahad, 17 April 2011
Perjumpaan dengan Seri Pajam Sdn Bhd
Selasa, 15 Mac 2011
Lagi photo Sambutan Maulidurasul




Ahad, 13 Mac 2011
Sekitar Majlis Kesyukuran dan maulidur Rasul Surau AlFalah


Rabu, 9 Mac 2011
Majlis Kesyukuran
Pada 12 Mac 2011,satu lagi peristiwa penting akan berlaku di Perdana College height nanti.Majlis kesyukuran sempena dengan siap terbinanya Surau Alfalah dan juga bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan .
Ahad, 6 Mac 2011
Hindari Penceroboh:Punca dan Pencegahan1
Kediaman kita adalah merupakan istana anda,sudah semestinya kita akan sentesiasa memeliharanya dari sebarang pencerobohan oleh anasir-anasir yang tidak kita ingini.Namun malang tidak berbau ,kerana kita tidak pernah tahu rumah siapa yang akan diceroboh hari ini.
- Ketinggian pagar yang selamat adalah berukuran 5 kaki keatas berbanding 4 kaki bagi yang konvensional.
- Rekabentuk pagar :bagi pagar yang kemasan nya melintang memudahkan untuk penceroboh memanjat.Rekabentuk bercorak menyulitkan pergerakan.
- membuat cuma satu pintu sampah sahaja iaitu dari luar rumah
- merendahkan keetinggian pintu sampah
- pintu sampah dari dalam hendaklah dikecilkan kepada 1 kaki sahaja
- mangga pintu sampah anda dari dalam
Jumaat, 4 Mac 2011
Perasmian Kawasan Rukun Tetangga PCH
Pada 27 febuari 2011 ,hari bersejarah yang mencatatkan Kawasan Rukun Tetangga PCH telah diresmikan dengan suasana yang amat harmoni dan gemilangnya.
Ahad, 20 Februari 2011
Surau Al Falah ,PCH..one stop dissemination of information
Akhirnya Surau Alfalah dapat dipersiapkan untuk digunakan oleh semua muslimin dan muslimat di Perdana College height. Segala jerih dan payah semua AJK pembinaan surau terutama peneraju utamanya terbayar sudah.,biarpun masih belum sempurna 100% namun aura yang ada pada surau alfalah telah cukup untuk memberikan senyuman kepada penduduk PCH.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261
Sabtu, 19 Februari 2011
Musim baru ,Cerita baru,Pentadbir baru
Isnin, 14 Februari 2011
CATATAN TERAKHIR SAYA
Disini, saya selaku bekas Pengerusi PPPCH berharap agar seluruh AJK mempunyai semangat yang kental dalam menjalankan usaha-usaha murni demi kebaikan seluruh penduduk Perdana College Heights.
Disini, saya akan menamatkan perkhidmatan saya selaku 'blogger' untuk pppch.blogspot.com mulai 14.02.2011 untuk memberikan ruang kepada jawatankuasa baru untuk menyambung usaha memasukkan entry2 baru untuk ruang maklumat di dalam blog ini.
Saya terlebih dahulu ingin memohon kemaafan sekiranya ada entry2 yang tidak menyenagkan hati pelayar blog ini dan sesungguhnya hanya tujuan satu iaitu memberikan informasi terkini kepada kepada penduduk Perdana College Heights.
Sekian, terima kasih.
MOHD ANUAR SAED
Blogger Feb2010-Feb2011
TAHNIAH!!!
Ahad, 6 Februari 2011
KOLAM TAKUNGAN DAH DIBERSIHKAN

Selasa, 25 Januari 2011
MESYUARAT AGUNG PPPCH KALI KE-3
Tarikh: 13hb Februari 2011
Hari : Ahad
Masa: 2.00 petang
Tempat : Persimpangan Jalan PCH 14 ke Jalan PCH 15 (Tapak Senamrobik)
Jemputan : Ahli PPPCH & Penduduk PCH (Orchid & Bayan)
Jemputan khas: Penduduk Suria Residences, PCH
Peringatan: Hanya USUL yang dinyatakan di ruangan 'ulasan' sahaja yang akan dibawa dalam mesyuarat agung.
Surat edaran jemputan kepada penduduk akan mula diedarkan pada 28.01.2011 (Jumaat)
Sabtu, 22 Januari 2011
ANJING LIAR DI PCH

Saya telah dijanjikan oleh En. Lutfi, Pegawai Jabatan Kesihatan MPN bahawa 24.01.2011 (Isnin) mereka akan melancarkan operasi lagi.
Harap maklum.
Jumaat, 21 Januari 2011
PECAH RUMAH@PCH
Semua penduduk di PCH diminta berhati-hati dengan keadaan yang agak mengjengkelkan ini. Saya cuma minta SATU perkara:
KEPUTUSAN MESYUARAT AJK BIL 01/2011
1. Masalah anjing liar - Aduan telah dibuat pada 30.12.2010, tindakan pertama pada 13.01.2011 dimana 7 ekor anjing telah ditangkap oleh MPN. Tindakan susulan akan dibuat
2. Kolam Takungan - Aduan telah dibuat kpd JPS (Jabatan Pengairan & Saliran) melalui SPANS dan PPPCH telah mendapat respon yang baik dr pihak JPS. Tanggungjawab kolam takungan dibelakang Orchid adalah dibawah Seri Pajam. Seri Pajam telah dimaklumkan dan pada hari ini kolam tersebut telah diselenggara oleh pihak Seri Pajam.
3. Sekolah Rendah - Pihak Kementerian Pelajaran telah membalas emel PPPCH pada 07.01.2011 dengan menyatakan telah berlaku proses rundingan di antara Jabatan Pelajaran N.Sembilan, MPN, JKR, JPS, dan JAS. Alhamdulillah, PPPCH telah mendapat respon yang baik. Cuma kita bersabar dan terus berdoa semoga permohonan ini mendapat tindakan sewajarnya.
4. Dewan Orang Ramai - Pada 9.11.2010 kita telah membuat permohonan Pusat Aktiviti Masyarakat. Alhamdulillah pada 11.01.2011 yang lalu, pihak MPN, Penilaian serta beberapa orang kontraktor telah datang untuk melihat tapak. Tindakan pantas sebegini amat menggembirakan kita walaupun, pada dasarnya kita amat memahami prosedur permohonan dengan kerajaan. Adalah dimaklumkan bahawa dalam 2011 ini mungkin dapat dibina Pusat Aktiviti Masyarakat ATAU Dewan Orang Ramai di PCH.
5. Kawalan Z-Force Security - Mesyuarat membincangkan berkenaan perjanjian dengan syarikat Z-Force telah dimeterai selama 1 tahun bermula 01.01.2011 sehingga 31.12.2011. Walaubagaimanapun, jika terdapat ketidakpuashatian di kalangan penduduk melalui PPPCH, kita berhak untuk membatalkan kontrak tersebut. Setakat ini sejumlah 193 unit rumah yang menyertai perkhidmatan kawalan keselamatan ini. Pemantauan perkhidmatan ZF akan dilakukan oleh Biro Keselamatan PPPCH dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan.
6. Mesyuarat Agung Kali Ke-3 - Telah diputuskan akan berlangsung pada 13.02.2011 (SABTU) bertempat di selekoh antara Jalan PCH 14 ke 15 pada jam 2.00 petang. Semua ahli PPPCH, penduduk PCH serta mesyuarat bersetuju menjemput penduduk Suria Residences untuk bersama-sama menyertai mesyuarat di samping berkenalan antara satu sama lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45malam.
Isnin, 10 Januari 2011
MESYUARAT AJK PPPCH
Tarikh : 15hb Januari 2011 (SABTU)
Masa : 8.45malam
Tempat : Balai Raya Kg. Batang Benar
Dipengerusikan oleh : En. Mohd. Anuar b. Saed (Pengerusi PPPCH)
Semua AJK PPPCH, Ketua-ketua lorong serta aktivis masyarakat Perdana College Heights dijemput hadir.
Jumaat, 31 Disember 2010
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011
"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011"
Semoga Tahun 2011 dapatlah kita sama-sama merenung perjalanan kehidupan kita yang masih panjang terutamanya dalam menetapkan wawasan untuk memajukan taman Perdana College Heights diperingkat yang terbaik demi keselesaan kita penduduk PCH. Keikhlasan dan kesungguhan yang penting dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Isnin, 13 Disember 2010
DARI MEJA PENGERUSI PPPCH
Assalamkualaikum & salam sejahtera buat semua penduduk Perdana College Heights...
Pejam celik..pejam celik kita sudah menghampiri akhir tahun 2010. Begitu juga dengan PPPCH yang telah hampir menuju pengakhiran penggal dalam mentadbir Persatuan Penduduk Perdana College Heights ini ataupun lebih senang dengan panggilan PPPCH. Semua AJK sudah mula berkira-kira hari dalam memberikan perkhidmatan percuma ini kepada penduduk PCH.
Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana terus memberikan kekuatan kepada saya bersama AJK untuk mentadbir persatuan ini sehingga menghampiri tempoh perkhidmatan kami. Bermula dari bulan Mac - Dis 2010, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan untuk anda semua penduduk PCH. Bermula dengan Senaman Poco-Poco/Senamrobik , Bergotong-Royong , Rumah Terbuka Aidilfitri dan pelbagai lagi perkhidmatan dibelakang tabir yang telah saya dan AJK laksanakan. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh penduduk sangat menggalakkan walaupun masih terdapat segelintir daripada kita yang masih 'malu' atau 'segan' untuk bergaul bersama-sama penduduk.
Berkenaan dengan surau kita, alhamdulillah.. berkat kerjasama semua AJK Pembinaan Surau yang diketuai oleh Ustaz Talhah, berkemungkinan tidak lama lagi lengkaplah pembinaan surau kita. Saya begitu berbangga dengan kegigihan Ustaz Talhah dalam kesungguhan beliau terutamanya yang banyak membawa kepada 'progress' nya pembinaan surau ini. InsyaAllah suku pertama tahun 2011 mungkin dah boleh digunakan oleh jemaah kita.
Tentang Tabika KEMAS, adalah agak suram kerana tuan rumah yang pihak Tabika sewa itu berhajat untuk menduduki rumahnya pada awal tahun 2011 ini. Walaubagaimanapun, pihak AJK Tabika KEMAS PCH telah berusaha memohon sebuah bangunan di Pangsa Pajam untuk dijadikan Tabika KEMAS. Sementara itu, permohonan bangunan tetap juga telah dimohon kepada pihak KEMAS Seremban dimana kita cuba memohon sebahagian kecil tanah di tapak surau untuk dijadikan Tabika KEMAS. Hal ini saya cuma serahkan kepada pihak KEMAS & Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS untuk menentukan kelulusannya. Wa;aubagaimanapun, Tabika ini untuk kemudahan siapa? untuk anak-anak kita juga menerima ilmu awal pendidikan kanak-kanak.
Berkaitan sekolah rendah, juga pihak saya telah membuat permohonan dengan Jabatan Pelajaran NS. Walaubagaimanapun, setelah 6 bulan tiada respon, saya telah panjangkan aduan kepada Kementerian Pelajaran Msia. Pada masa sekarang, KPM sedang mengkaji & meneliti permohonan yang telah PPPCH buat. Bersabar la ye..
Kawalan keselamatan, alhamdulillah sejak 01hb JUN 2010 kita mulakan aktviti kawalan keselamatan swasta ini, tiada lagi masalah pecah rumah di malam hari. Terima kasih kepada anda yang menyertai @ membayar RM30.00 sebulan untuk kawalan keselamatan ini. Jika ada kelemahan daripada pihak security, kita akan memperbaikinya.. tak ada masalah!! Yang paling PENTING, risiko untuk kejadian pecah rumah dah menurun. Pengawal juga mengawal taman kita dengan baik. Segala kenderaan yang tak dikenali ditahan-disoal-dicatatkan maklumat didalam buku rekod mereka. Tingkap kereta rakan kita yang tak ditutup rapat, ditekannya loceng rumah berkali-kali untuk maklumkan. Maksudnya, mereka prihatin.. Jadi, sama-samalah kita bekerjasama dalam menjayakan Kawalan Keselamatan ini sampai bila-bila.
Nak mesyuarat tiada tempat...? Inilah yang selalu mencacatkan pihak PPPCH untuk bermesyuarat kerana PCH tiada Balai Raya.. Jadi, atas masalah itu, pihak PPPCH juga telah memohon sebuah bangunan Pusat Aktviti Masyarakat di atas tanah seluas 0.25 ekar di tepi Suria Residences. Permohonan dibuat kepada Jabatan Perancang Bandar, MPN dan telah dipanjangkan kepada Ahli Majlis MPN untuk bersama-sama membantu kita mendapatkan bangunan ini. Kita tunggu bajet 2011 yang turun nanti.. mudah-mudahan permohonan kita diluluskan oleh MPN.
Sebagai tanda saguhati, PPPCH telah memberikan kalendar 2011 secara PERCUMA kepada ahli PPPCH sahaja. Minta maafla jika anda bukan ahli sebab ahli dikenakan bayaran keahlian tahunan. Kalendar yang berlatarbelakangkan aktviti PPPCH sepanjang 2010. Terima kasih buat En. AmirulHafiz yang telah membuat design untuk kelandar kita.
Sekarang, AJK PPPCH sedang merangka tarikh yang sesuai untuk mengadakan AGM kali ke-3 untuk sesi 2011. Jadi, pihak kami memohon maaf sekiranya terdapat mana-mana perkara yang menyinggung perasaan rakan-rakan penduduk. Percayalah, tanpa minat yang sungguh, maka suramlah taman kita tanpa sebarang aktiviti masyarakat. Saya menyeru kepada rakan-rakan agar terus menyokong segala aktviti & program yang dilaksanakan demi untuk kebaikkan semua.
Sekian, terima kasih.
Isnin, 29 November 2010
LAPORAN AKTIVITI FASA 2
Berikut adalah di antara aktiviti PPPCH dari 02.06.2010 - 30.11.2010 :
1. Menggantung banner Salam Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri
2. Menghantar nama penduduk yang bercuti Hari Raya ke Balai Polis Mantin.
3. Menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri PCH.
4. Memberikan kalendar PPPCH secara PERCUMA kepada AHLI PPPCH yang mendaftar dari tahun 2008
5. Membuat aduan penyelenggaraan Kolam Takungan JPS dengan JPS.
6. Membuat tindakan susulan permohonan sekolah rendah dengan Kementerian Pelajaran Msia.
7. Membuat permohonan sebuah bangunan Pusat Aktiviti Masyarakat di PCH melalui MPN.
Sekian, harap maklum
Khamis, 25 November 2010
PERMOHONAN PUSAT AKTIVITI MASYARAKAT
Pusat Aktiviti Masyarakat (Gambar Hiasan)
Pada awal November 2010 yang lalu, PPPCH telah membuat satu Permohonan Mendirikan Bangunan Pusat Aktiviti Masyarakat PCH dengan Majlis Perbandaran Nilai. Permohonan telah diserahkan kepada pegawai Jabatan Perancang Bandar iaitu En. Azrin.
Permohonan ini dibuat berdasarkan satu keperluan penduduk setempat untuk menjalan pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada masa-masa yang akan datang. Selain daripada itu, tempat ini juga dapat dijadikan sebagai tempat bermesyuarat memandangkan sebelum ini kita terpaksa bermesyuarat di Balai Raya Kg Btg Benar ataupun di kedai-kedai makan yang berhampiran.
Terdapat dua pilihan tapak yang dipohon. Yang pertama berlokasi di kawasan lapang tepi pintu masuk Suria Residence dan pilihan yang kedua dibelakang padang bola. Diharapkan MPN dapat memeberikan perhatian dengan permohonan kita ini.
Permohonan telah diberikan sesalinan kepada Ahli Majlis MPN iaitu Mr. Gan Chee Biow dan juga Pengerusi JKKK kita iaitu En. Mohd. Salleh Othman.
Harap maklum.